Monday, May 4, 2009

Pas media sidang dun Perak 7 Mei

Setelah membaca kenyataan Zambry didalam akhbar yang mengatakan pas media akan diberikan kepada semua pihak media termasuk blogger, saya pun ke pejabat SUK tengahari tadi untuk mendapatkan pas tersebut.

Sesampai di pejabat SUK, saya diarahkan ke Pejabat Speaker di tingkat 2. Di Pejabat Speaker, seorang kerani India mengatakan bahawa pengurusan pas media telah diambil alih oleh pihak Majlis Pentadbiran di tingkat yang sama.

Di pejabat Majlis Pentadbiran pula, saya disuruh ke tingkat 3 untuk ke pejabat keselamatan kerana pas media diuruskan disana.

Di tingkat 3, kerani di pejabat keselamatan mengatakan pengurusan pas media dibawah jagaan Pejabat Kewangan dan Korporat di tingkat 1. Pulakkk

Ketiak dah basah berpeluh, nafas pun dah mendengus menahan marah, ikutkan le juga naik lif turun ke tingkat 1 pula.

Di sana, kerani yang melayan saya menghulurkan sehelai borang untuk diisi beserta sekeping gambar terkini berukuran passport.

"Gambar saya tak bawa", kata saya.

"Encik isikan dulu borang ni dan lekatkan gambar encik, kemudian kembalikan semula borang ni hari ni juga" kata kerani tersebut.

"Hari ni juga?" tanya saya.

"Ya, sebab lusa (Rabu) kami akan keluarkan semua pas-pas media ni kepada yang memohon", jawab kerani tersebut kepada saya.

Kemudian, ayat tambahan kerani tersebut yang membuatkan saya hilang minat untuk terus mengisi borang tersebut "Tapi encik, walaupun pas media diberikan kepada pihak media, hari khamis nanti (7 Mei) siapapun tak boleh masuk ke dewan kerana telah penuh. Tiada tempat untuk media. Hari Khamis nanti ucapan pembukaan sidang dun oleh Sultan. Semua adun-adun akan hadir. Jadi, dewan akan penuh dan pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan."

"Habis tu, bila boleh masuk untuk ikuti sidang dun?", tanya saya tak puas hati.

"Mulai hari Jumaat baru boleh masuk dewan" jawabnya selamba.

"Saya cuti cuma hari Khamis saja sebab nak ikuti sidang dun tu nanti", lemah saja bunyi balasan saya. "Kalau hari Jumaat dah tak best dah", sambung saya lagi.

"Takpe lah encik, encik isi dulu borang tu dan pulangkan pada saya sebelum jam lima hari ni", jawab kerani tu yang dah mula malas nak melayan saya.

Saya jeling jam ditangan, 2.25 petang. Tak payah le kalau macam ni, fikir saya sendirian.

Semasa tunggu lif untuk balik, datang la pulak orang yang paling saya tak nak jumpa dalam negeri Perak ni untuk tunggu lif jugak. Sambil sibuk bersembang dengan handphonenya, asyik menekan-nekan butang lif walaupun tau lif tu baru je tutup. Nak cepat agaknya. Ataupun dah terbiasa asyik nak mengarah aje, sampaikan lif pun dia nak arahkan buka cepat untuk dia masuk.

Saya yang memang dah panas hati sebab dibuat macam bola dari tingkat 1 ke tingkat 2 ke tingkat 3 balik ke tingkat 1. Tinggal berdua pulak depan lif dengan 'sidia'. Lagi terbakar perasaan ni. Kalau tak sabar, rasanya mau bagi sepenyepak dua kat mangkuk tu. Bukannya ada orang kat situ. Siapapun tak tau.

Elok habis bersembang handphone, dia mengerling kearah saya. Saya buat bodo je. Dia tegur saya dulu, nak kemana? tanyanya. Ambil borang, jawab saya nak tak nak. Borang apa? tanyanya lagi. Borang untuk pas media, jawab saya. Ohh...kat (melilau jari telunjuknya memusing-musing mencari arah) tingkat 2 kot, katanya sedikit blur. Dia pun tak tau rupanya, kata hati saya.

Malas nak naik satu lif dengan dia, saya pun buat-buat tanya dia. "Keluar ikut tingkat ni boleh ke?" "Boleh, terus ke bahagian depan sana" jawabnya sambil masuk kedalam lif yang dah mula terbuka pintunya.

Nasib baik le tak lama dengan 'sidia' disitu tadi. Kalau tak...

Tahu ke siapa 'sidia' yang saya maksudkan tu?

Mamak perosak negeri yang gambar kat sebelah tu lar...

Macam tu la rupa dia bersembang handphone dia tadi.

Bayangkan betapa kita dipermainkan apabila mengatakan pas media akan diberikan untuk membuat lapuran sidang dun 7 mei nanti. Rupa-rupanya, nak dapatkan borang pun kena pusing satu bangunan SUK.

Dah tu, media pun tak boleh masuk dewan pada 7 mei nanti. Hanya selepas 7 mei baru boleh masuk. Itupun kalau ada lagi sidang dun selepas 7 mei.

Kalau 7 mei tu nanti sidang dunnya cuma tuduh menuduh, dakwa mendakwa dan pecat memecat, ada ke lagi sidang dun hari kemudiannya.

Akhirnya, kita rakyat Perak cuma duduk berhimpun dipeti longkang bangunan SUK saja lah. Itupun kalau sihelmet merah tak halau.


Hanya Adun diizinkan masuk dewan undangan negeri - Perakdaily

8 comments:

muraisenja said...

sabar jer lah tuan ajijoi.... kalau nk ikutkan hati panas mmg hancur lah jawabnya...tapi sekurang2nya kita bukanlah dari golongan munafik dan kufur... nauzubillah...

wartamaya said...

satu perak nak media lebih terbuka. Bila dah di desak, pening lak Zambry punya kepala. Dahhhh !!! ini la plak muslihatnya.

wakakakak !!!
Kelakar !

ahrijal said...

Kalu aku.. rasanya dah pukul biar dia pengsan.. pastu buat bodo jee... biar dia rasa mcmmana amarah rakyat...

Unknown said...

Uih, panas panas.... mcm mana tak panas? dah le tak efisyen, lepas tu rakyat kena tipu lak tu.... ish!!

Ajijoi said...

Kalau ikutkan hati panas hari tu, boleh jadi tajuk akhbar dibuatnya.
'SUK Perak dipukul lelaki tidak dikenali' heboh semua akhbar melaporkan.
Kalau anda rajin, silalah berjalan-jalan ke pejabat SUK.
Bukannya susah, dimeja kaunter pertanyaan, katakan sahaja anda nak ke sekian-sekian pejabat, tinggalkan KP dan anda diberikan pas pelawat.
Lawatlah diserata bangunan SUK itu. Tak ubah bagaikan muzium. Takde orang. Pekerja2nya pun semuanya buat hal masing2. Bersembang tak habis2.
Efisyen? Menatang apa tu? tanya mereka yang memang tak pernah amalkan kerja efisyen.

rahamah said...

salam
kan orang tua-tua ada kata "kalau jumpa ular dan ..........., pukul ........sebelum pukul ular tu"

Ajijoi said...

a ah la rahamah.

Patut la ..... tu tak kena pukul. Sebab ular takde masa tu.

Cehhh

Kerol said...

mintak Allah beri petunjuk kat org yang zalim agar berubah kepada kebaikan...memang kecewa sangat sebab mereka secara terang2an memelakangkan kebenaran dan hak rakyat..

tapi ada kemungkinan golongan2 macam ni terleka dengan dunia hingga terlupa Allah selalu dan sentiasa melihat.

buat masa ni, mungkin ini boleh dianggap sebagai dugaan kepada org2 yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang menuntut istiqamah dan kesabaran yang tinggi.

pahit mungkin sekarang, insya-Allah manis akan datang di kemudian hari.

walauapaun rujuk lah kepada Allah.

Followers