Thursday, May 14, 2009

Pakatan menang jika diadakan pilihanraya - Tun Mahathir


CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?

"Tapi itu hanya pandangan saya, saya tak buat apa-apa survey...undian.

"Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya negeri jika DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil.

"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis politik kedudukan Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.

"Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.

"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baik," katanya

-mstar.com
Ajijoi ~ Apanama...tau tak pa.

1 comment:

MaMa NabIhAH said...

quote kata -kata mantan PM m'sia, rakyat sakit dengan pilihanrya.. soryylah tun, saya rasa rakyat lebih sakit dengan situasi sekarang ni, berebut kerajaan. rakyat mahu diberi kuasa memilih pemimpin berwibawa..tak kisah asyik balik kg untuk mengundi, secara demokrasi.. dah lah tun, cukup2lah hang campur tangan sebelum ni, bawak2 pilah berehat, siapkan diri jumpa tuhan ka apa yang patut....duit abis pun takpa untuk pilihanraya ni, yang penting natijahnya semua orang puas hati. lagipun selama ni duit rakyat memang dah bayak abis pun di tangan tun dan orang2 BN ni.... lg banyak cakap!

Followers