Monday, October 22, 2012

Jelajah Perakite: Sarapan pagi di Selama


Destinasi yang pertama bagi bas yang berangkat ke utara adalah pekan Selama.

Bas yang memulakan perjalanan daripada Pejabat Perhubungan Pas Negeri seawal jam 5.15 pagi meluru laju meredah kesejukan embun pagi bagi mencecah ke destinasi sepertimana yang telah dijadualkan. Hanya persinggahan singkat di Hentian R&R bagi ahli rombongan menunaikan solat Subuh berjemaah disana.


Dalam kegelapan subuh itu, ada juga yang membuai mata dengan lelapan yang diharapkan dapat mengumpul tenaga bagi mengharungi perjalanan program seharian itu.


AF Ustaz Abu Bakar sentiasa memberikan komitmen dalam setiap program anjuran Pas Negeri. Semangatnya bukan hanya perlu dicontohi, malah disegani bagi pimpinan-pimpinan yang begitu liat untuk menyertai program-program jemaah.


Saudara Safarizal Saleh yang bertindak selaku ko-ordinator program serta co-pilot kepada rombongan jelajah bas ke utara ini sentiasa memastikan perjalanan program akan mengikut serapat mungkin waktu-waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual agar setiap destinasi dapat hak yang sama rata dalam merasai manfaat program jelajah ini.


Setiba kami di destinasi yang pertama iaitu pekan Selama, terlihat sedikit tanda-tanya diwajah ahli-ahli rombongan. Dimana orangnya? Apa programnya? Mungkin itulah soalan-soalan yang bermain dikotak fikiran mereka.

Kami bersarapan bersama beberapa orang tempatan dan juga ahli di Pusat Penjaja Selama. Sarapan. Hanyalah sarapan. Perjalanan yang jauh daripada Ipoh ke Selama, hanya sarapan yang kami dapat. Itupun terpaksa membayar sendiri sarapan kami.

Tiada perjumpaan bersama warga tempatan kerana pusat penjaja itu hanya ada terdapat 2 warung yang dibuka untuk berniaga. Yang lainnya semua tutup. Orang yang makan disitu awal-awal pagi Ahad itu pula, boleh dikira dengan jari. Apa aktiviti yang dapat dilakukan ditempat yang tiada orang sebegitu? Edar risalah? Berapa keping saja yang akan luak?

Pihak kawasan Selama perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan sesuatu program yang dianjurkan oleh Pas Perak kerana manfaat daripada setiap program itu adalah untuk kawasan juga.

Jika tidak serius dalam menjayakan sesuatu program itu, lebih baik masa yang diluangkan pimpinan negeri diberikan kepada kawasan lain yang lebih memerlukan bantuan dan anjakan sebelum menghadapi pilihanraya nanti.

Pihak perhubungan negeri juga perlu memberikan teguran kepada kawasan Selama kerana ada yang merungut bahawa ini bukanlah pertama kali berlakunya sebegini.

AF Ustaz Abu Bakar sedang beramah mesra dengan seseorang yang sedang bersarapan disitu

Wakil dari Sg Siput sedang memikirkan apa yang hendak dimakan pagi itu antara nasi lemak dan roti canai.

Wakil muslimat sedang menikmati sarapan mereka.


Program Jelajah Perakite di Selama ini telah 'dikalahkan' oleh satu lagi program anjuran 1Malaysia dari segi kehadiran.

Di padang hadapan Pusat Penjaja Selama itu, terdapat acara Senamrobik 1Malaysia yang dikatakan dianjur secara serentak seluruh negara.

Bukan tujuan penulis untuk sengaja memuji acara mereka itu, tetapi sekurang-kurangnya mereka berupaya untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk menjayakan program yang telah diamanahkan kepada mereka.


Bersungguh-sungguh betul pihak 1Malaysia ini untuk memastikan yang wanita-wanita Melayu Islam ini menari. Berilah apa nama sekalipun, senamrobik, poco-poco, tujuannya hanya satu, pastikan wanita-wanita ini menari.

Allah berfirman yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. (al-Baqarah: 120)


Berlainan dengan muslimat kita, lihat gambar dibawah ini. Bersemangat sungguh turun padang untuk bersama-sama pimpinan bertemu dengan rakyat. Tahniah muslimat.


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...