Saturday, May 16, 2009

Kambing Dr Nawab



Pagi ini saya berkesempatan mengikuti Ust Faisol ke Ulu Piah untuk mengambil daging kambing yang dipesan untuk kenduri di Surau Al-Ehsan malam ini.

Kami ke ladang kambing Nawab Ternak Enterprise kepunyaan Dr Nawab, seorang doktor haiwan pencen. Kawasannya luas dan terbahagi kepada kandang kambing, ayam kampung, ayam belanda dan juga kandang lembu.


Jalan masuk ke ladang ternak kambing Dr Nawab. Jambatan kecil
merentangi anak sungai yang nyaman.

Pemandangan bukit batu kapur berhampiran ladang ternak ini.

Dr Nawab (baju putih) bersama Ust Faisol.


Antara jenis-jenis kambing yang terdapat di ladang ternak ini.

Pekerja-pekerja Bangladesh sedang melapah daging kambing.

Dr Nawab sedang memotong daging kambing.

Daging yang sudah siap dipotong.

"Bahagian batang pinang kambing yang paling sedap", kata
Dr Nawab sambil menunjukkan bahagian yang dimaksudkannya itu.
"Bahagian yang bagi menguatkan badan pulak kat mana?" gurau Ust Faisol.

Ayam dan lembu untuk dijual juga terdapat disini.

Lembu diikat untuk disembelih.



Dr Nawab menunjukkan cara yang betul untuk menyembelih lembu.

Lembu yang telah disembelih.

Jika anda ingin mendapatkan daging kambing, lembu, ayam kampung ataupun ayam belanda, silalah menghubungi Dr Nawab ditalian 012-4727165.



No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...