Friday, July 29, 2011

Blogger tanpa talian

Semalam aku mendapat sms yang berbunyi, "Your service will be suspended within 24hrs due to o/s amt RM1xx.xx Disregard msg if pymt made. Pls call 100 to update yr profile. TQ"

Service apa? Service internet Streamyx yang dah lama tertunggak bilnya tanpa bayaran. Bila mereka tunggu punya tunggu punya tunggu duit bayaran yang tak sampai-sampai, dah bagi warning sebelum ini melalui telefon, maka tibalah harinya dimana perkhidmatan laluan internet disekat.

Lampu kuning dimodem yang biasanya berbaris tiga, kini hanya tinggal sekelip sahaja yang menandakan perkhidmatan elektrik masih belum disekat lagi.

Bayangkan apabila seorang blogger disekat laluannya untuk melayari internet. Apa lagi yang terdaya untuk dilakukan? Masihkah dia mampu dan tanpa rasa malu mengakui diri sebagai seorang blogger. Nasib baik masih punya talian internet melalui telefon bimbit ini, walau agak terbatas tapi hanya itulah yang tinggal untuk seorang blogger bernafas di alam maya ini.

Jika selepas posting ini, masih tiada update terbaru di dalam blog ini, faham-fahamlah bahawa jumlah yang diminta untuk dijelaskan masih diluar keupayaan diri ini untuk menanggungnya.

Siapa kata blogger Pakatan dibayar untuk menulis?

Sent from my iPhone

1 comment:

IPOHMALI said...

Gi la ke siber cafe!

Followers