Thursday, May 21, 2009

Sesi pagi di Mahkamah Rayuan

Perbicaraan bermula jam 9.45 pagi, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah berhubung status Menteri Besar Perak.

Cecil memberikan hujah bahawa keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar menteri besar Perak yang sah sebagai tidak tepat dan lengkap.

Tidak ada kebuntuan pada 4 Februari apabila Nizar menghadap Sultan Perak memohon pembubaran dun kerana artikel 16(6) jelas dan tidak mempunyai 2 makna apabila mengatakan bahawa Nizar perlu meletakkan jawatan tanpa perlu undi tidak percaya di dalam sidang dun.

Tiada peruntukan yang mengatakan bahawa hanya undi tidak percaya didalam sidang dun satu-satunya cara untuk mengeluarkan menteri besar dan ada cara lain termasuklah temubual yang dibuat oleh Sultan Perak.

Kes Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg dan Tawi Sli di Sarawak tidak boleh digunapakai untuk memohon pembubaran dun.

Setelah peguam Zamry, Cecil Abraham memberikan hujahnya selama 2 jam, Mahkamah ditangguhkan untuk berehat selama 15 minit.

Selepas rehat, Peguam Negara, Abd Gani Patail memulakan hujah beliau.

Menurutnya, dibawah undang-undang, Speaker hanya dibenarkan mengundi untuk mengelak persamaan didalam dewan. Tanpa Speaker, Pakatan hanya mempunyai 27 undi berbanding 28 dipihak BN.

Tidak ada kebuntuan disini dan tanpa majoriti tidak mungkin akan ada pembubaran dun.

Menurutnya lagi, mengapa Sultan dipersalahkan dan seolah-olah Sultan telah melakukan kesilapan. Permohonan pembubaran disembahkan kepada Sultan dan Sultan telah menjalankan tanggungjawab berpandukan kepada rangka perlembagaan.

Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung jam 2 petang nanti.

No comments:

Followers