Polis cuba menghalang penyokong DAP yang merancang ke Perak bagi menyatakan sokongan persidangan penting DUN Perak – yang menentukan masa depan pemerintahan Pakatan Rakyat – Khamis ini.
Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, seorang anggota polis unit Cawangan Khas telah menghubungi pembantunya kelmarin agar membatalkan niat mereka membawa kira-kira 25 penyokong ke Ipoh.
"Sekiranya orang lain naik bas boleh pergi ke Pulau Pinang, Singapura, kenapa tidak boleh naik bas ke Ipoh?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Teo berkata larangan polis itu berkemungkinan kerana beranggapan mereka akan terlibat dalam perhimpunan haram pada hari persidangan tersebut.
Beliau menolak dakwaan ingin terlibat dalam perhimpunan haram dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas.
Ahli parlimen DAP itu menegaskan akan meneruskan hasratnya untuk menyertai saat-saat penting itu – kemuncak perebutan kuasa antara dua menteri besar, Datuk Zambry Abd Kadir (BN) dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat) sejak Februari lalu.
Seterusnya [klik] disini
No comments:
Post a Comment