Tuesday, May 19, 2009

Nizar mengadap Raja Nazrin hari ini

Menurut sumber dari pihak Istana Iskandariah bahawa YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diperkenan mengadap oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 12.30 tengahhari tadi.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei yang lepas itu telah diperkenan mengadap selepas Majlis Penanugerahan Pingat Sempena Keputraan DYMM Sultan Perak pada pagi tadi.

Beliau telah mengadap Raja Muda sekitar 15 minit dan masih belum dapat disahkan apakah perkara yang dititahkan oleh Raja Nazrin kepada DS. Nizar dan apa pula yang dipersembahkan oleh DS. Nizar kepada Raja Nazrin.

No comments:

Followers