Maklumat yang mengatakan Umno Bn telah mula menggerakkan jentera pilihanraya di Perak kerana hala tuju yang menjerumus kepada pembubaran dun tidak dapat dielakkan lagi.
Perkara ini membuatkan saya terfikir mungkin inilah sebabnya bn tidak meletakkan calon di Penanti. Menang di dun Penanti tidak langsung menggugat kerajaan PR di Pulau Pinang dan jika kalah, kesannya amat teruk dan besar sekali buat pemerintahan Najib yang amat baru itu.
Adalah lebih baik bn menumpukan sepenuh perhatian dalam menghadapi pilihanraya negeri Perak yang merupakan hidup matinya umno dan bn di negeri tersebut.
Setelah bn bermati-matian mengelak daripada berhadapan dengan suara rakyat melalui peti undi, juga segala kuasa baik pihak keselamatan, spr, sprm, media, jentera kerajaan dan perundangan digunakan sepenuhnya bagi mencapai hasrat bn terus menakluk kerajaan negeri Perak, ternyata akhirnya jalan buntu yang ditemui.
Segala jenis penasihat dan pakar termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah meramalkan akan kekalahan yang teruk akan dialami umno bn jika dun perak dibubarkan untuk mengadakan pilihanraya negeri.
Ketakutan umno bn kepada pilihanraya itu kini kian menghampiri. Mahu tak mahu terpaksa ditempuh jua.
Namun begitu, sanggupkah mereka memasuki pilihanraya ini dengan cara yang bersih dan adil?
2 comments:
joi, betul tu, Pertama, BN tumpu kat isu perak. 3 calon BN yang ada, dua tak disukai oleh rakyat. calon ke 3, kawan saya popular di penanti tapi tak layak sebab penyokong bekas PM pak lah. Kedua, BN tak ada isu seperti di perak. ketiga, kekalahan di penanti jadi beban di Perak. keempat, budget besar tak berbaloi dengan kekalahan dan malu besar di penanti. tq
Yong dengor cerita dari UMNO, MB haram tu popular dikalangan orang kampung yang UMNO totok dan bengap. Deme yang suka MB haram ni akan berusaha bermati2an mempertahankan dia. UMNO akan dapat bantuan dari SPR, polis dan lain2 jabatan kerajaan. Pada yang simpati pada DSAI deme juga akan tipu kononnya MB haram kawan baik DSAI dan telah berjasa pada DSAI. PR tak boleh over-confident. Musuh dalam selimut PAS yang cinta UMNO dan benci PKR akan terus menghasut. So orang Perak, jaga2.
Post a Comment