Thursday, December 31, 2009

Hamidah Osman cuba ceroboh surau

Hamidah Osman (kiri), Adun Sg Rapat daripada BN kini berusaha keras untuk menceroboh masuk ke Surau Al-Falah di Taman Song Choon, Ipoh.

Pada mulanya, beliau yang mewakili Umno di taman itu telah meminta kebenaran untuk mengadakan program Umno bersama penduduk taman tersebut.

Tetapi, permintaan tersebut telah ditolak oleh AJK Surau yang bermesyuarat dan membuat keputusan untuk tidak membenarkan permintaan tersebut kerana program berkenaan anjuran parti politik. Sebagai memenuhi saranan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah agar surau dan masjid tidak dicampur adukkan dengan hal-hal politik.

Namun begitu, Hamidah tidak berpuas hati dan ingin meneruskan juga program di surau tersebut pada esok hari, Jumaat (1.1.2010) jam 8.00 pagi.

Beliau telah menggunakan sepenuh kuasanya (sepertimana kuasa merampas kerajaan negeri dan melarikan adun-adun) untuk mengenepikan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa surau dengan menyeret Jabatan Agama Islam Perak dan juga Pengarahnya, Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz didalam masalah ini.

Diharap semoga pihak JAIPk tidak berjaya 'dibaculkan' oleh Hamidah demi memenuhi hasrat politiknya. Keputusan mesyuarat AJK Surau perlu dihormati dan dipertahankan oleh pihak Jaipk dan Pengarahnya.

Kini, Hamidah benar-benar ingin menunjukkan kuasanya dengan mengarahkan agar kesemua khemah-khemah yang sebelum ini dipasang dipadang berhampiran surau tersebut
dipindahkan kedalam kawasan surau.

Jika sebelum ini, beliau pernah dihalau oleh penduduk sebuah taman didalam kawasan 'jajahannya' semasa ingin mengadakan majlis bersama rakyat disitu. Dia dihalau kerana sebelum ini pernah berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ditaman tersebut tetapi janji hanya tinggal janji. Setelah permasalahan ditaman tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau kembali datang kesitu untuk berjanji lagi. Akibatnya, beliau telah dihalau daripada memasuki taman tersebut.

Keras sungguh kepalanya. Sama-samalah kita tunggu dan lihat langkah selanjutnya daripada seorang wanita yang bergelar 'Yang Berhormat' ini. Masih terhormatkah perbuatan-perbuatan sumbangnya dinegeri tercinta ini.

Hadiah tahun baru, harga gula naik RM0.20 sekilogram

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

-malaysiakini

Berkuatkuasa 1 Januari depan, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Ajijoi ~ Tahniah kepada 1 Malaysia kerana hadiah tahun baru ini. Mulai besok, segala-gala jenis makanan dan minuman akan mula naik harga. Dan akan terus melambung-lambung lagi naiknya bila tarif elektrik juga diumumkan kenaikannya nanti.

Nampaknya, satu benda saja yang tak naik-naik.....GAJI.

"Teman yang udah lame tak melantak gule ni pun udah mule terasa pheghitnye. Nak harapkan ghoti, rhega ghoti pun udah dinaik deme. Lame-lame ape teman nak makan? Takkan laghat nelan ayor liyor aje. Itu le nasib oghang Melayu macam teman. Ditipu deme idup-idup."

RAKYAT DIDAHULUKAN...TUMPO, PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN

Bila Umno dah mula gian berdemo

Kenyataan Media: Penafian Himpunan Desak Zambry Letak Jawatan

Berhubung dengan sebaran sms dan khabar angin yang mengatakan Pakatan Rakyat akan mengajurkan satu himpunan mendesak MB Kudeta, DR. Zambry Abd Kadir supaya meletakkan jawatan pada 31hb Disember(esok),dengan ini saya suka mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan. Suka ditegaskan disini bahawa prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak.

2. Saya juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan sms dan berita yang tidak berasas langsung itu.

3. Saya juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan yang terperinci mengenai siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan berita yang saya anggap satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat Perak.

4. Selain itu, saya suka memberi ingatan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan mempercayai dan mengabaikan maklumat bohong itu. Juga saya menegaskan semua penyokong Pakatan Rakyat sentiasa berhati-hati dengan provokasi dan fitnah yang berterusan dari musuh-musuh Pakatan.

5. Seterusnya saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai kepada sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan Rakyat.

Kenyataan
13 Muharram 1431H/30hb Disember, 2009
DRS. Khalil Idham Lim
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat, Perak.

ICT Aset penting kepada penggerak kebenaran - Pesuruhjaya Pas Perak

BUKIT GANTANG, 30 Disember: Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapannya di konvensyen IT PAS Negeri Perak, menyatakan bahawa teknologi ICT adalah satu aset yang sangat penting kepda pendokong kebenaran di seluruh dunia.

Menurut beliau, apabila kita membicarakan tentang penggunaan ICT, kita sebenarnya tidak boleh lari daripada pendedahan dunia Internet. Sistem inilah yang membuatkan perhubungan menjadi semakin pantas, canggih dan mencabar. Sekali gus, memberi kesan yang besar kepada cara manusia berinteraksi dan berkomunikasi.

Memetik ucapan beliau “ Penggunaan alat ICT pada hari ini bukan sekadar Internet dan komputer tetapi lebih daripada itu antaranya; perisian multimedia, power point, animasi, telefon bimbit, gerbang sesawang, jaringan sosial Internet, perpustakaan digital, permainan
atas talian dan banyak lagi ”.

Tambah beliau lagi,, umat Islam seharusnya memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat dan seterusnya mengambil pakai kecanggihan teknologi bagi menonjolkan ciri-ciri umat Islam yang mampu memahami keupayaan dan kaedah penggunaan ICT demi memakmurkan bumi.

Walau bagaimanapun, dalam kita menggunakan teknologi yang semakin canggih ini, seharusnya perlu dilihat kesan yang memudaratkan sekiranya pembangunan tidak mengikut acuan Islam yang betul.

Menurut beliau lagi, PAS Perak amat menekankan agar seluruh ahli dan pimpinan PAS Perak supaya menguasai ICT, memandangkan generasi zaman sekarang yang seolah-olah tidak boleh dipisahkan dengan teknologi.

Beliau juga menekankan betapa perlunya elemen ilmu yang berlandaskan al-Quran dan sunnah dalam berinteraksi dengan dunia ICT terutamanya dalam penggunaan internet. Sebagai umat Islam kita perlu mengawal dan menguasai teknologi, bukannya teknologi mengawal kehidupan kita,” tegasnya.

Menurut beliau lagi Kenyataan bahawa “ Islam sesuai di sepanjang masa dan di sebarang tempat ” serta pemikiran tentang adanya aspek tetap dan fleksibel memberi kelebihan kepada Islam untuk berfungsi sebagai agama yang benar sehingga hari akhirat.

“Dalam konteks pengunaan teknologi terutamanya media baru yang menggabungkan media penyiaran, komputer dan satelit, aspek yang tetap dan yang fleksibel masih tetap berperanan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup di majlis itu.

Justeru itu beliau berharap agar lujnah IT PAS Perak, meningkatkan lagi gerka kerja yang terbaik dalam memastikan Islam dapat dimakmurkan serta kezaliman dapat ditumbangkan hasil dari penyampaian sumber maklumat yang tepat lagi benar dari PAS di Negara ini.

Pengurusan jual buku sekolah lebih teruk daripada pasar borong

IPOH 30 DIS Hari ini saya ke Sekolah Menengah Rapat Setia, Ipoh untuk membelikan buku sekolah buat anak saudara saya yang akan naik ke tingkatan dua tahun hadapan.

Setiba di sana jam 11.15 pagi (selepas pendaftaran Azizul Hakim di Sek Keb Rapat Setia disebelah), orang ramai telah memenuhi tempat membeli buku. Lebih kurang 70 orang sedang berbaris didalam 4 barisan.

Penjualan buku sekolah hanya dibuka 3 hari (30 Dis, 31 Dis dan 1 Jan) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sepatutnya buku dijual lebih awal kerana mereka mempunyai sebulan setengah bercuti.

Berbanding dengan Sek Ren Rapat Setia yang membuka jualan seawal cuti sekolah (setiap hari), tiga hari yang diperuntukkan kepada ibu bapa untuk membeli buku anak-anak mereka agak suntuk dan kehadiran yang ramai untuk membeli buku-buku itu pada masa yang sama sudah boleh dijangka.

Persediaan dan pengurusan yang rapi daripada pihak sekolah yang menyelia dan mengurus penjualan buku melalui koperasi sekolah amatlah diharapkan oleh ibubapa yang terpaksa mengambil cuti untuk membeli buku-buku anak mereka.

Namun begitu, harapan ibubapa kepada pihak pengurusan sekolah hancur berkecai sepertimana gambar-gambar yang dipaparkan disini.

Ibubapa terpaksa beratur panjang dan lama

Guru-guru mengambil pesanan manakala murid-murid
mencari buku-buku tersebut

Suasana yang tidak terurus. Lebih teruk daripada pasar borong.
Penjual buku-buku bundle dipasar malam lebih teratur daripada
pihak sekolah yang sepatutnya berpelajaran tinggi

Sepatutnya, kesemua buku-buku untuk jualan telah tersedia rapi mengikut tingkatan. Tidak perlu lagi tercari-cari sebuah demi sebuah.

Ibubapa hanya perlu memberitahu anaknya ditingkatan berapa dan guru terus mendapatkannya.

Bayangkan, saya terpaksa berdiri dan beratur selama satu setengah jam untuk membeli hanya 20 buah buku latihan dan 3 buah buku kerja.

Setiap wang jualan buku juga tiada direkodkan dan diberi resit kepada pembeli. Bagaimana pihak sekolah membuat audit diatas setiap harga buku yang terjual? Siapa yang perlu menjawab kepada koperasi jika didapati jumlah buku yang terjual melebihi wang yang dikutip?

Jika beginilah pengurusan pihak sekolah berhadapan dengan ibubapa, bayangkan bagaimana mereka menguruskan anak-anak anda disekolah setiap hari selama setahun.

Wednesday, December 30, 2009

Pendaftaran Hakim ke tahun satu

IPOH 30 DIS Hari ini anak kedua saya, Azizul Hakim dibawa ke Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh untuk pendaftaran dan suai kenal bersama rakan-rakannya yang lain di tahun satu.

Kesemua murid-murid tahun satu dikumpulkan untuk
sesi suai kenal

Azizul Hakim didalam kumpulan murid-murid tahun satu

Murid-murid tahun satu yang bersiap sedia disekolah ini

Banner menyambut kehadiran ibubapa didalam dewan

Pengerusi majlis pada pagi ini

Guru HEM (Hal Ehwal Murid), Puan Puteri Mimi yang menggantikan gurubesar bermesyuarat di Pejabat pendidikan dan Penolong kanan yang sakit mata

Antara ibubapa yang mendengar taklimat

Guru-guru tahun satu diperkenalkan kepada ibubapa.
Guru kelas Hakim, yang paling manis senyumannya.
Cuba teka yang mana satu.

Guru yang menguruskan SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)

Jururawat yang didatangkan daripada Pusat Rawatan Greentown
untuk memberikan taklimat mengenai kesihatan.

Taklimat tentang kesihatan? Rupa-rupanya hanya
memberitahu ibubapa mengenai mukasurat-mukasurat
yang perlu diisikan didalam buku maklumat kesihatan
murid. Yang itu, guru-guru pun boleh beri tahu.
Alang-alang datang, berilah sedikit tips-tips kesihatan murid
kepada ibubapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah.

Hakim bersama rakan-rakan yang lain di kelas 1 Efektif

Guru-guru kelihatan sibuk melayan ibubapa yang datang ke kelas

Ibubapa menunggu giliran untuk membayar yuran
sebanyak RM72.10 (tidak termasuk PIBG RM20,
Majalah Rm10 dan baju sukan RM30)

Memilih baju sukan dengan saiz yang bersesuaian.
Sepasang berharga RM30

Tamatlah sesi pendaftaran dan suai kenal untuk Azizul Hakim hari ini. Mulai Isnin hadapan, Azizul Hakim akan bersekolah disini bersama kakaknya yang di tahun 5

Gus Dur kembali ke Rahmatullah

Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).

Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV.

Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.

Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.

Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

-malaysiakini

Al-Fatihah buat Abdurrahman 'Gus Dur' Wahid - Anwar Ibrahim

Tahniah, teruskan usaha dakwah Dewan Pemuda Pas Perak - Pesuruhjaya Pas Perak

Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Perak, kerana berjaya mengadakan pertandingan futsal piala Pesuruhjaya PAS Perak.

Sememangnya program seperti ini sangat penting kerana ia adalah medan mengeratkan ukhuwwah seluruh ahli pemuda PAS Perak di setiap kawasan. Semasa bertemu ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah.

Selain itu saya melihat aktiviti riadah berfutsal yang dianjurkan oleh pemuda PAS Perak ini boleh dijadikan medan mengumpul mad’u yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah.

Selain itu, program riadah dapat membentuk akhlak muslim. Ketika bersukan pastinya akan ada kekasaran. Kadangkala juga seorang itu akan diuji sejauh mana dia jujur dengan kesalahan yang dilakukannya ketika bersukan. Oleh itu dari kekasaran akan terbentuknya sifat kemaafan dan kejujuran menanamkan sifat sering merasai pemerhatian oleh Allah
(ma’iyatullah).

Sehubungan dengan itu, penghayatan terhadap kepentingan riadah pula adalah sebahagian daripada fikrah Islam yang syumul. Sebuah organisasi yang membawa fikrah yang syumul harus merialisasikan apa yang didokongnya.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Perak kerana berjaya menjadikan riadah sebagai salah satu wasilah kepada dakwah, tarbiyah dan siasah, teruskan segala usaha murni dalam meneruskan gerak kerja Islam.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak

Sekolah Islam Jing Zhen


Sekolah Islam Jing Zhen yang terletak di Tadika Seruan Islam Perak, No. 9, Jalan Seruan, Off Jalan Raja Nazrin Shah, 30250 Ipoh (Bangunan Seruan Islam dan Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan) menawarkan kepada anak-anak anda pembelajaran Fardhu Ain, Pendidikan Islam, Praktikal Ibadah/Solat, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab/Jawi, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Perkembangan Fizikal, Lukisan dan Kraftangan serta Kelas Komputer. Kesemua pembelajaran ini dijalankan didalam bahasa Mandarin oleh guru-guru berkelulusan M.A. dalam sastera Cina.

Sesi persekolah (Pagi) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari (Isnin-Khamis) dan 8.30 pagi hingga 11.oo pagi (Jumaat). Manakala sesi petang pula bermula jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg (Isnin-Jumaat).

Pembukaan Pra-sekolah akan bermula pada 17 Januari 2010 untuk 5 & 6 tahun.

Pendaftaran kini dibuka. Untuk mendaftar, sila hubungi 019-4706707 / 019-5786707.

Tadika ini juga terbuka untuk anak-anak non-muslim.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.jz-islamic-school.myportal.my/


Sekian, terima kasih

Kamal Koh (tel:016-2206707)

Lumut, johan Futsal Piala Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH 29 Dis: Pasukan futsal dari Lumut muncul juara keseluruhan kejohanan futsal piala Pesuruhjaya PAS Perak dan membawa pulang hadiah berupa sebuah piala dan juga wang tunai RM1,500.

Tempat kedua pula diraih pasukan dari Ipoh Timur dan menerima wang tunai sebanyak RM700, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dari Tanjung Malim dan Kampar membawa pulang hadiah saguhati.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang telah berjaya mengadakan Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak.

Abu Bakar berkata, program sedemikian amat penting kerana ianya merupakan medan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan pemuda negeri yang hadir dari setiap kawasan di negeri itu bagi mencapai persefahaman dalam melaksanakan kerja dakwah.

"Semasa bertemu,ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah," katanya.

Abu Bakar juga berpandangan, program yang diadakan itu boleh dijadikan sebagai medan untuk menarik dan mengumpul golongan muda agar mencintai cara hidup Islam.

"Program ini boleh menjadi medan mengumpul mad'u (sasaran dakwah) yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah," katanya lagi.

Selain itu ujarnya, program riadah juga juga dapat membentuk akhlak muslim. Ini kerana jelasnya, ketika bersukan pastinya akan berlaku kekasaran.

Kadangkala juga seorang itu akan diuji sejauh mana dia jujur dengan kesalahan yang dilakukannya ketika bersukan. Oleh itu dari kekasaran akan terbentuknya sifat kemaafan dan kejujuran menanamkan sifat sering merasai pemerhatian oleh Allah (ma’iyatullah).

"Sehubungan itu, penghayatan terhadap kepentingan riadah pula adalah sebahagian daripada fikrah Islam yang syumul. Sebuah organisasi yang membawa fikrah yang syumul harus merialisasikan apa yang didokongnya," katanya.

Beliau turut berharap agar DPPN Pk dapat meneruskan usaha untuk menjadikan program riadah dan sukan sebagai salah satu wasilah kepada dakwah, tarbiyah dan juga siasah.

Ahad lalu, sebanyak 24 pasukan terdiri daripada kawasan-kawasan Parlimen di seluruh negeri mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak.

Pertandingan itu berlangsung meriah di Extreme Park Tambun, Ahad lalu dan dirasmikan oleh Abu Bakar sendiri.

Pengadil perlawanan yang dibawa khas daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyemarakkan lagi semangat para pemain. Setiap perlawanan menggunakan khidmat 2 orang pengadil untuk memberikan keadilan kepada semua pasukan.

Setiap pasukan juga menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

HarakahDaily.Net

Monday, December 28, 2009

Desakan keluar Pakatan, seperti usaha kudeta UMNO Perak –Pesuruhjaya PAS Perak

IPOH, 28 Dis. Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain tidak menolak kemungkinan bahawa demontrasi pemuda mendesak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat di Selangor merupakan suatu usaha menjatuhkan kerajaan negeri itu.

“Saya tak tolak kemungkinan ia suatu usaha mereka (Umno) untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, seperti kudita yang mereka buat di Perak,” jelasnya.

“Semacam di Perak, mereka (Umno) cuba adakan pelbagai helah dan demontrasi, modul ini yang kita lihat di Selangor sejak Umno tak perintah kerajaan negeri itu lagi.”

Selain menyamakan demontrasi tersebut dengan Demontrasi Mengarak Kepala Lembu September lalu, beliau mengganggap demontrasi tersebut dilakukan oleh segelintir yang kecewa melihat PAS bersama-sama Pakatan Rakyat memerintah Selangor sejak 8 Mac tahun lalu.

“Sama seperti demontrasi kepala lembu berdarah sebelum ini, perhimpunan ini mungkin didalangi membabitkan mereka yang kecewa apabila Umno (dan) BN gagal menguasai (kerajaan negeri) Selangor,” jelasnya.

Sekiranya anggapan tersebut benar, beliau menasihatkan kepemimpinan PAS Negeri serta Pakatan Rakyat Selangor supaya tidak cepat melatah dengan aksi-aksi pemuda terbabit.

“Saya lihat PAS dan Pakatan sepatutnya tidak mudah melatah dengan permainan mereka (Umno) ini yang sengaja mencari isu (dan) jalan (tektik) walaupun tidak bermoral asalkan boleh boleh rampas Selangor seperti mereka kudeta Perak,” jelasnya.

“Keduanya, PAS dan Pakatan Rakyat sepatutnya lebih usaha mengeratkan persefahaman, semacam yang dituntut dalam Konvensyen (Pakatan Rakyat) baru-baru ini.”

Semalam, lebih 20 pemuda melancarkan demontrasi kerana mengganggap PKR dan DAP mengetepikan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat ketika mentadbir negeri itu.

Mereka yang diwakili Wan Hilman Abdul Halim dilaporkan mahu menyerah memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Mohd Hassan pagi tadi, namun gagal.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya mengarahkan Badan Perhubungan PAS Selangor supaya menyiasat dalang di sebalik perhimpunan misteri tersebut.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menegaskan bahawa mereka yang terbabit sebenarnya tidak mewakili PAS negeri itu.

Sunday, December 27, 2009

Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya Pas Perak berlangsung meriah

Pegawai pengadil daripada FAM memberikan taklimat
kepada pengurus pasukan-pasukan yang bertanding


IPOH 27 DIS Kemeriahan pertandingan futsal Piala Pesuruhjaya Pas Perak mula terasa apabila selesai sahaja upacara perasmian oleh Pesuruhjaya Pas Perak sendiri iaitu Tuan Guru Abu Bakar Hussain.

Pengadil perlawanan ini yang dibawa khas daripada FAM menyemarakkan lagi semangat para pemain. Setiap perlawanan menggunakan khidmat 2 orang pengadil untuk memberikan keadilan kepada semua pasukan.

24 pasukan yang bertanding adalah seperti gambarajah dibawah:







Gambar-gambar menarik perlawanan yang sempat dirakam

Ketua Pemuda Pas Gopeng melepaskan gian
dengan melakukan sepakan penalti

Pasukan futsal yang dibawa oleh Pemuda Pas Gopeng

Biasanya taklimat diberikan sebelum permainan bermula,
tetapi Ketua Pemuda Pas Gopeng memberikan taklimat
selepas habis bermain (kalah). Taklimat untuk program
yang akan datang rupanya. Program Ekspedisi G0-Land
yang disediakan khas untuk pemuda-pemuda Gopeng.

Keputusan terkini perlawanan futsal sewaktu saya
meninggalkan Extreme Park untuk bergegas ke
majlis perkahwinan sepupu saya.

Ini bukanlah gambar PEMENANG Piala Pesuruhjaya Pas Perak,
tetapi hanyalah PEMEGANG piala tersebut untuk tujuan
bergambar sahaja. Jangan mare aaa...

*Pemenang pertandingan futsal ini akan diumumkan kelak.

Perasmian Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH 27 DIS Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya Pas Perak anjuran Dewan Pemuda Pas Perak telah berjaya diadakan di Extreme Park Tambun pagi ini.

Sebanyak 24 pasukan yang terdiri daripada kawasan-kawasan parlimen diseluruh negeri Perak telah mengambil bahagian.

Hadiah berupa sebuah piala dan juga wang tunai RM1,500 menanti johan manakala naib johan akan menerima sebanyak RM700.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Perak sendiri iaitu Tuan Guru Abu Bakar Hussain.

Kaunter pendaftaran pasukan-pasukan yang mengambil bahagian

Tuan Guru Abu Bakar Hussain yang baru tiba
dilayan mesra oleh pihak penganjur pertandingan.

Para pemain berhimpun dimajlis perasmian ini

Penerangan sedang diberikan oleh pihak penganjur

Pimpinan menyanyikan lagu tema PAS

Para pemain turut bersemangat menyanyikan lagu tema PAS

Pengarah pertandingan memberikan taklimat ringkas

Mendengar taklimat dengan penuh teliti

Saudara Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda Pas Perak
memberikan sedikit ucapan alu-aluan

Tuan Guru Abu Bakar Hussain menyampaikan ucapan
di pertandingan futsal kali pertama ini

Ucapan yang disampaikan mempunyai makna dan mesej
yang tersendiri



Kelihatan bagaikan tak sabar nak mulakan permainan.
Ataupun masing-masing belum bersarapan lagi?





Tuan Guru Abu Bakar menyampaikan sijil penghargaan
kepada setiap pasukan sambil beramah mesra bersama mereka

Tuan Guru Abu Bakar merasmikan pertandingan
futsal ini dengan sepakan penalti

Sdr Salman menjadi penjaga gol yang dibolos oleh
sepakan kencang Tuan Guru Abu Bakar
(maaf gambar sepakan tersebut tidak menjadi kerana
terlalu kencang)

Bergambar kenangan di pertandingan futsal

Cenderamata buat Tuan Guru Abu Bakar dan disampaikan
oleh Sdr Salman Saleh

Piala yang menjadi rebutan 24 pasukan yang bertanding

Followers