Tuesday, May 26, 2009

Debat Husam-Zahid malam ini tak jadi

KUALA LUMPUR: Debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.

Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.

"Saya dah buat persiapan tetapi hari ini saya menerima panggilan daripada TV9 bahawa Zahid tidak dapat datang," katanya.

Sebaliknya TV9, kata beliau, mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai pengganti.

Bagaimanapun jelas Husam, beliau telah memaklumkan kepada TV9 bahawa sedia untuk berdebat dengan Zahid pada bila-bila masa kelak.

"Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam," kata beliau.

Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal Rasuah Politik.
Semalam, Husam telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS minggu depan.


Ajijoi ~ Ini bukan kali pertama Zahid melarikan diri daripada berdebat bersama Husam Musa.

Sehari sebelum pengundian di Bukit Gantang, Zahid Hamidi telah menghilangkan diri tanpa memberi jawapan tentang cabaran debat yang dikemukan Husam.

Husam menunggu Zahid untuk berdebat tentang siapa pengkhianat melayu sebenar ditapak ekspo Simpang, Taiping sehinggalah selesai acara ceramah yang menggantikan debat tersebut.

Spesis-spesis menteri ini hanya pandai berlagak cakap dihadapan kamera sahaja kerana kemera tersebut tidak boleh menjawab. Apabila dicabar untuk berdebat secara live, jangan kata tak sanggup ataupun tak mampu tapi tak beteloq.

No comments:

Followers