Sunday, May 31, 2009

Peratus undi rendah, angkara boikot Umno?

DUN Penanti: Hanya 46% undi, paling rendah di Semenanjung

BUKIT MERTAJAM: Hanya 46 peratus pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti keluar mengundi pada pilihan raya kecil diadakan hari ini berbanding 82 peratus Mac 2008.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang kecewa dengan perkembangan tersebut menyifatkan jumlah itu sebagai "paling rendah dalam
sejarah pilihan raya" di Semenanjung.

Paling rendah iaitu 15.3 peratus dicatatkan di Sarawak pada 2006.
Seramai 7,100 pengundi keluar untuk menunaikan tanggungjawab setakat 5 petang tadi apabila proses pengundian ditutup. Proses pengundian bermula 8 pagi tadi.

Sehingga 2 petang tadi seramai 5,964 orang telah mengundi.

Paras itu jauh lebih rendah berbanding 82.1 peratus yang direkodkan pada 8 Mac 2008.
Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.






No comments:

Followers