Sunday, May 24, 2009

PKR nafi dakwaan beri ganjaran, cabar Aminah kemuka bukti

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini menafikan dakwaan seorang daripada calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bahawa parti itu memujuk atau memberi ganjaran kepada calon Bebas supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu, 31 Mei ini.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, mencabar mana-mana calon Bebas yang bertanding, termasuk Aminah Abdullah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika benar wujud penyelewengan sedemikian.

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Aminah, 57, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, adalah seorang daripada tiga calon Bebas yang akan bertanding.

Dua calon lain ialah Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pengurus pilihan raya kecil Penanti dari PKR, Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti. - Bernama

Ajijoi ~ Walaupun Umno dan BN tidak bertanding di Penanti, namun lagu yang dimainkan oleh calon bebas seolah-olah UBN masih bertanding disana.

Mungkin UBN telah memperkenalkan cara yang terbaru didalam menghadapi pilihanraya kecil dengan meng'sub'kan ataupun outsource-kan tugasan sebagai calon kepada calon bebas. Jika calon-calon bebas ini kalah, kredibiliti UBN tidak akan terjejas tetapi jika calon bebas menang, mereka akan dipelawa untuk menyertai mana-mana parti komponen BN untuk BN menguasai kerusi dun/parlimen yang dimenanginya itu.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...