Monday, May 18, 2009

Kompleks Pas di Putrajaya


PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

-siasahdaily
Ajijoi ~ Satu lagi mercu tanda kejayaan Pas yang dinanti-nantikan.

3 comments:

Akar Umbi said...

Tahniah kepada PAS yang kini dapat menggunakan kewarasan dan bermakna tidak menggunakan kependekan akal untuk melelong Putra Jaya, apabila berkuasa.

jarum peniti mak long said...

salam...Dulu PAS bukan nak melelong putrajaya,tapi rumah pm kat putrajaya....yang harganya jutaan ringgit....

Ajijoi said...

Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan.
Pas bertapak disana untuk kemudahan apabila menjadi pentadbir nagara nanti.

Followers