Sunday, May 17, 2009

Krisis Perak: Nik Aziz tidak setuju bincang dengan BN

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara keduadua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan. BERNAMA

Ajijoi ~ BN hanya menghulurkan undangan berbincang tatkala merasakan kedudukan mereka semakin goyah. Diwaktu mereka merasakan bahawa kuasa berada dipihak mereka, PR dicemuh dan ditekan untuk mengekalkan kuasa mereka.

Dimasa sekarang bilaman Pas dan Pakatan Rakyat berjaya mendapat sokongan padu rakyat terutamanya rakyat Perak, mereka kembali membawa usul untuk berbincang.

Pandangan TG Nik Aziz perlu digunapakai bagi mengelakkan PR diperguna dan dipermainkan oleh Najib dan BN.

1 comment:

Yong said...

Yong doakan Tuan Guru panjang umur dan dapat melihat cita2 murni Tuan Guru berhasil. Allah Akhbar.

Followers