Keputusan yang bakal dibuat Mahkamah Rayuan hari ini akan mencorakkan masa depan rakyat dan negeri Perak.
Ini kerana jika keputusan itu berpihak kepada Nizar yang mewakili Pakatan Rakyat, maka pembelaan serta bantuan terhadap rakyat termiskin akan berterusan sepertimana yang diamalkan selama 11 bulan pemerintahan PR sebelum ini. Intregasi antara kaum juga akan bertambah harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Dan yang paling penting adalah program agama akan terus disuburkan dan diperbanyakan dengan amalan amal makruf nahi mungkar menjadi pegangan.
Manakala jika BN yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan nanti, maka Perak akan kembali kepada takuk lama sepertimana 50 tahun merdeka dahulu. Sekatan dan kekangan akan meningkat dari segenap sudut termasuklah agama Islam itu sendiri apabila Islam ditadbir bukannya Islam mentadbir.
Kita hanya mampu berserah kepada Allah Taala agar keputusan itu nanti bakal menguntungkan Islam bukannya merugikan Islam.
No comments:
Post a Comment