Dalam kesibukan orang ramai memperkatakan dan mengikuti penuh minat kes rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini, malangnya kelibat si perayu tidak kelihatan.
Bagaimana hendak merayu jika si perayu tiada untuk membuat rayuan?
Adakah si perayu sudah tidak berminat untuk merayu? Ataupun tidak lagi kisah dengan rayuan yang dibuat serta keputusan rayuan tersebut?
Adakah memang si perayu seperti biasa tidak mahu bercampur dengan orang ramai yang berasak-asak untuk memasuki mahkamah bagi mendengar rayuan si perayu tadi?
Ataupun si perayu telah sedia maklum akan 'skrip' rayuannya lalu berasa tidak perlu menghadirkan diri pada hari ini? Apakah esok akan muncul kelibat si perayu menyeringai di hadapan lensa-lensa jurufoto bagi membawa berita?
Lain pula kisahnya disebelah pihak yang bertahan. Pagi-pagi buta telah berkejar ke mahkamah untuk mewakili rakyat mempertahankan hak yang telah disahkan oleh mahkamah tinggi walaupun dirayu oleh siperayu agar keputusan tersebut ditangguh sampai entah bila bagi meneruskan agenda mencengkam leher rakyat agar menurut kata.
Keikhlasan dalam perjuangan terpancar dari setiap perbuatan samada dari si perayu mahupun dari yang bertahan agar dapat diambil iktibar dan pelajaran bagi yang masih berfikiran waras.
Merayu untuk terus merampas hak rakyat ataupun mempertahankan hak rakyat agar tidak semudah itu dirampas adalah dua perkara yang berbeza. Bagaikan pertembungan yang batil dengan yang hak.
Sebaik-baik rayuan adalah rayuan kepada maha pencipta yang adil lagi bijaksana.
Kerana keputusan sudah pastinya terletak ditanganNya.
No comments:
Post a Comment