Penanti: Calon Bebas guna poster pilihan raya Bukit Gantang
BUTTERWORTH: Berikutan poster yang ditempah untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti masih belum siap, calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris menggunakan lebihan posternya ketika bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang untuk berkempen hari ini.
Kamarul Ramizu, 42, memulakan kempennya hari ini dengan menggunakan antara 2,000 hingga 3,000 poster lama itu untuk memperkenalkan diri kepada penduduk Penanti menjelang pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini.
"Saya dah mula kempen, saya guna poster Bukit Gantang. Ada lebih dalam 2,000 hingga 3,000," katanya.
Beliau yang juga pakar motivasi sudah menempah antara 10,000 hingga 15,000 poster dan risalah untuk pilihan raya kali ini.
"Mungkin esok atau lusa poster baru saya akan siap. Jadi guna dulu lah poster yang sedia ada," katanya yang menggunakan lambang payung pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan raya DUN Penanti.
Kamarul Ramizu mensasarkan memperoleh kira-kira 6,200 undi pada pilihan raya kecil itu berbanding 62 undi yang diperoleh ketika bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini.
Beliau akan berkempen dari rumah ke rumah dan mengadakan sesi dialog dengan orang ramai.
Pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, dan tiga calon bebas.
Selain Kamarul Ramizu, dua lagi calon bebas ialah bekas ketua wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, dan Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41.
Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin. - Bernama
Ajijoi ~ Calon payung ni memang jenis selamba. Sila tengok gambar dia diatas dan tengoklah kembali gambarnya semasa penamaan calon di Bukit Gantang. Sama saja.
Dengan songkok lusuh dan pakaian yang sama, Apakah tujuan menjadi calon dalam prk penanti? Cari makan?
Takpe yob. Lepeh ni mike try pulak kat Manik Urai, Kelantan. Selamba je mike bubuh alamat parit mike tu. SPR pun dah kenei.
1 comment:
orang gila jadi calon. hahahahaha.
sapa undi orangb gila ni pun jadi gila. hahahaha
Post a Comment