Friday, May 29, 2009

Buka puasa tamat mogok



IPOH (28.5.09): Majlis berbuka puasa sebagai penutup program Puasa Sunat / Mogok Lapar anjuran Pakatan Rakyat untuk menuntut demokrasi dikembalikan di Perak telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Perhubungan Negeri Perak sebentar tadi.

Antara yang hadir adalah DS Nizar Jamaludin, Ust Ahmad Awang, Ngeh Koo Ham, Drs Khalil Idham Lim, Adun-adun Pakatan dan juga pimpinan parti.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah melapangkan masa bersama-sama isteri untuk hadir bagi menyatakan sokongan beliau terhadap tuntutan Pakatan dan rakyat Perak agar dun dibubarkan.

Setelah berpuasa (bagi orang Islam) dan mogok lapar (yang bukan Islam) selama tiga hari, majlis berbuka bersama ini begitu meriah sekali. Yang bukan Islam kini telahpun mempunyai pengalaman bagaimana rasanya umat Islam berpuasa selama hari ini. Semoga ada diantara mereka yang disentuh hidayah Illahi dan turut bersama-sama kita berakidah nan satu.


Menunggu masuknya waktu berbuka puasa.

Ramai ahli-ahli Pas yang berbuka puasa di situ.

Begitu berselera sekali Lim Guan Eng menjamu selera dengan menggunakan tangan.

Lim Guan Eng beserta isteri, Betty Chew bersama-sama dengan pimpinan Pakatan.

Ust Norazli Musa yang baru keluar dari hospital minggu lalu juga turut serta berpuasa sunat.

Kesiannya tengok orang-orang yang baru belajar 'berpuasa' ini.

Lim Guan Eng tidak kekok menjamah makanan dengan menggunakan tangan.

Antara adun-adun Pakatan yang turut serta.

Bergambar bersama sebelum Lim Guan Eng berangkat pulang ke Pulau Pinang.

Kereta rasmi kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
SB yang kini semakin gemar menyamar sebagai wartawan ataupun bloggers dengan mengusung kamera kesana kemari mengambil gambar dan rakaman video untuk laporan siasatan mereka. Terkadang kami bloggers juga diperhatikan dengan penuh curiga oleh orang ramai kerana disalah anggap sebagai SB.

1 comment:

YeLLOWgReen said...
This comment has been removed by the author.

Followers