Sunday, May 31, 2009

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti

BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit di sini.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

No comments:

Followers