Friday, May 15, 2009

Kes rayuan Nizar ditunda ke 21 Mei


Kes rayuan Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi telah ditunda kepada Khamis, 21 Mei.

Tarikh asal yang ditetapkan sebelum ini adalah pada hari Isnin, 18 Mei tetapi telah ditunda kepada Khamis untuk didengar bersama dengan rayuan Zambry untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Dato Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Tidak dapat dipastikan mengapa Mahkamah perlu mendengar kedua-dua kes tersebut pada hari yang sama.

Laporan penuh disini dan disini.

1 comment:

aZRoy said...

salam,

jelas dan nyata, ini adalah usaha untuk membolehkan the so called gandhi/mandela malaysia untuk memanggil DUN bersidang.

sekiranya benar dalam tempoh sehingga ke 21/5 ini DUN dipanggil, maka puak2 gerombolan ini memang mengeksploit segala institusi badan persekutuan yg ada untuk memenuhi nafsu mereka.

pada saya rakyat marhaen yg hanya ada kuasa mengundi, hanya boleh protes melalui undi. tetapi jika tiada PRK yg diadakan, berdoa kepada Allah SWT semoga kebenaran dapat ditunjukkan kepada semua.

sekian.

Followers