Friday, May 22, 2009

ADUN PAS Manek Urai meninggal dunia


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.

"Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi... kita akan adakan sidang media pagi ini," kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

-mstar.com


Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang diterima Drs Khalil Isdham Lim sebentar tadi dan juga telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepadanya yang dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....

No comments:

Followers