Thursday, May 28, 2009

Ceramah selamatkan demokrasi di Perak


IPOH (27.5.09): Ceramah sempena program Mogok Lapar / Puasa Sunat anjuran Pakatan Rakyat telah diadakan di Wisma DAP, Medan Istana, Ipoh.

Pejabat DAP penuh sesak dengan orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah daripada pimpinan utama DAP, Sdr Lim Kit Siang. Manakala, Sdr Salahuddin Ayub dan juga Ketua Menteri P.Pinang, Sdr Lim Guan Eng tidak dapat hadir bersama sepertimana yang diwar-warkan kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.



Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim menyampaikan ceramah yang berapi
sambil diawasi polis yang berada di bawah pejabat DAP itu.


YB Nga Kor Meng bertindak sebagai pengacara pada majlis malam itu.
Adun Teja, Chang Lih Kang masih bertenaga walaupun mogok lapar.
Pak Salleh ataupun HMS Abu Bakar menyampaikan pantun mogok lapar.


Lim Kit Siang berceramah dengan bersemangat sekali untuk terus bersama-sama
rakyat Perak membebaskan Perak daripada cengkaman BN.


No comments:

Followers