IPOH (31.5.09): Kempen topi keledar kanak-kanak peringkat negeri Perak telah diadakan pagi tadi di S.K. Rapat Setia, Ipoh anjuran bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pelajaran, Resort World Bhd dan Road Safety Marshall Club (RSMC).
10 buah sekolah telah dipilih untuk mengambil bahagian didalam program yang memberikan pendidikan keselamatan di jalanraya serta topi keledar percuma. 50 orang pelajar yang menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan ke sekolah telah dipilih dari setiap sekolah, yang bermakna 500 buah topi keledar telah diberikan secara percuma hari ini.
Road Safety Marshall Club (RSMC) telah memainkan peranan penting didalam pendidikan keselamatan jalanraya ini dengan memberikan panduan kepada murid-murid tentang cara yang betul untuk menyeberangi jalan, lampu isyarat, tali pinggang keledar, tanda-tanda jalanraya serta cara penggunaan topi keledar yang betul.
Pendaftaran untuk pelajar yang layak menerima topi keledar percuma.
Pelajar beratur untuk memulakan sesi pendidikan peraturan jalanraya.
Pelajar beratur untuk memulakan sesi pendidikan peraturan jalanraya.
Sebahagian daripada pelajar-pelajar yang menunggu giliran.
Sessi pertama pendidikan bermula.
Penerangan tentang cara-cara melintas jalan.
Mengenali lampu isyarat.
Cara-cara melintas jalan menggunakan zebra crossing.
Penggunaan tali pinggang keledar belakang yang betul.
Mengenali papan tanda di jalanraya.
Cara-cara mengenakan tali topi keledar agar tidak terlalu ketat.
Menerima topi keledar percuma bersama dengan cenderahati.
Pelajar perlu menurunkan tandatangan selepas menerima topi keledar.
Kapten Bala yang mengetuai pasukan RSMC menjayakan program pendidikan ini.
Antara ibu-bapa yang tidak berpuas hati dengan cara anak-anak berbaris menunggu giliran. Kesemua mereka mahukan anak-anak mereka segera diberikan peluang sedangkan setiap orang pelajar yang hadir akan menerima topi keledar masing-masing kerana 500 topi keledar telahpun disediakan untuk mereka. Sekiranya kesemua ibu-bapa bersabar dan mematuhi arahan yang diberikan, program pasti dapat berjalan dengan selesa dan teratur. Kapten Bala telah berkali-kali memberikan peringatan agar ibu-bapa menunggu anak-anak mereka didewan sementara petugas JKJR akan mengendalikan perbarisan anak-anak.
Minuman Milo percuma untuk pelajar-pelajar yang mengambil bahagian juga telah disalahgunakan dengan ibu bapa juga meminta minuman untuk mereka sedangkan ramai pelajar yang masih beratur dan menjalani pendidikan tersebut belum mengambil minuman mereka. Benda percuma masih lagi menjadi rebutan biarpun telah diberitahu akan peraturannya.
YB Dato' Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang merasmikan majlis bersama-sama dengan tetamu kehormat berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.
Perasmian dan pelancaran program oleh YB menteri.
Perasmian dan pelancaran program oleh YB menteri.
Suatu yang unik apabila petugas RSMC, seorang India dan Cina yang mengangkat tangan berdoa ketika bacaan doa diadakan. Sedangkan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Islam yang lain hanya memberhentikan aktiviti pendidikan semasa bacaan doa sebagai tanda hormat.
Program ini amat baik untuk pendidikan anak-anak tentang keselamatan janlanraya. Ianya adalah lebih baik lagi jika diberikan peluang luas kepada sekolah-sekolah luar bandar yang rata-rata penggunaan motorsikal sebagai pengangkutan utama ke sekolah lebih tinggi dan pemberian topi keledar secara percuma adalah lebih diperlukan serta dihargai.
4 comments:
Gambar last sekali paling menyentuh perasaan.... gua salute kat diorang..
aisehman.... nanti ada pulak yang kuarkan fatwa; haram orang bukan islam angkat tangan ketika sedang dibacakan doa oleh orang islam.....
kah kah kah....
haram...??
hukum haram makruh, harus & wajib jatuh atas orang Islam je lah... mengong punye mufti negeri darul ridhwan....
Salam,
Gambar last sekali, teringin nak dengar komen Jakim!!
itu lah berkat ujudnya kerajaan PR, yang mana nilai-nilai murni berjaya diterapkan, gembelengkan tenaga untuk memastikan PR dapat kembali memerintah.
Post a Comment