Wednesday, May 27, 2009

50,000 sijil Halal palsu dikesan


Pendedahan yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro hari ini telah mengesahkan keraguan hati saya apabila bidang kuasa pengurusan sijil Halal diambil alih oleh HDC (Halal Development Corporation) daripada Jakim (Jabatan Kebajikan Islam Malaysia).

Menurut laporan itu lagi, ramai pengusaha restoran bukan Islam yang membeli sijil Halal tanpa pengesahan Jakim itu dengan bayaran hanya Rm5000 sahaja..

Awal tahun ini, Adun Baling YB Taib Azamuddin telah menyuarakan kebimbangannya tentang perkara sijil Halal ini di Parlimen dan mengesyorkan agar pihak Jakim kembali menguruskan pentadbiran sijil Halal. Namun, saranannya itu tidak mendapat perhatian memandangkan HDC berada dibawah kuasa Khairy Jamaludin.

Kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah yang serius dalam menangani permasalahan sijil Halal ini yang merupakan salah satu benteng pertahanan umat Islam negara ini daripada diserang melalui pemakanan mereka.

4 comments:

apis said...

HARAM JADAH BETULLA KERAJAAN BN NI...sijil halal pon sanggop diorang jadikkan punca pendapatan untuk buat duit....kalau betul bagi sijil kat yang halal takpela jugak ni jual sijil halal pada yang tak halal....
punya la setiap kali beli barang makanan aku dok perati dok belek tanda halal tuh, rupenye tanda halal beli aje....HARAM JADAH PUNYA KJ....

cposawit said...

Salam,kalo macam ni saya nak kata " saya tidak akan memaafkan kalau saya termakan benda haram asbabkan terdapat tanda halal "
Puak2 ni kita buang je masa PRU13 nanti.. ada yang tak setuju?

Unknown said...

Salam...

Saya rasa terpanggil untuk memberi komen. Apa yang saya ketahui .. pekerja HDC yang membuat persijilan halal (semasa HDC mengendalinya seketika) adalah pekerja JAKIM yang dipinjamkan kepada HDC.

Sepanjang yang saya tahu tidak pernah ada 'penjualan sijil halal'.

Jika berlaku penyelewengan.. bagi saya ia adalah dari orang JAKIM sendiri. Cakap2 HDC menjual sijil halal amatlah tidak betul.

Malahan panel bagi kelulusan permohonan halal adalah terdiri dari pekerja JAKIM juga yang telah bersara dan juga professor dari bidang makanan dari universiti seperti UPM dan UKM.

Jangan cepat menyalahkan kalau takde fakta. Sedih melihat orang yanag bergelar USTAZ dan berbincangkan hal2 agama main sERKAP JARANG. INgatlah menfitnah tu apa hukumnya...

Kalau tak pasti tanya HDC... ataupun cari pekerja HDC yang pernah bekerja dibahagian persijilan...

KAlaulah encik bekerja dibahagian persijilan encik akan tahu siapa yang "jual" sijil dan logo halal.. pekerja HDC kah atau Pekerja JAKIM yang dipinjamkan ke HDC...

Unknown said...

Lagi satu....

Adakah dilihat pada sijil halal yang dibeli samada ada dikeluarkan oleh pihak HDC atau JAKIM?

Bilakah tarikh sijil tersebut dikeluarkan?

Apa kata disemak no registration sijil tersebut dengan senarai sijil yang disimpan oleh pihak yang mengeluarkan sijil...

Sijil yang keluar dikawal, nombor sijil disimpan dalam file, hanya permohonan yang diluluskan panel akan dikeluarkan sijil. Senarai ini pula disimpan oleh panel semasa menandatangani sijil tersebut.

Bukan macam jual majalah...

Maaflah jika terkasar bahasa.. tapi pikir sebelum cakap dan tulis...

Followers