Friday, May 22, 2009

Genap 100 hari rampasan kuasa di Perak

Hari ini genap lah 100 hari rampasan kuasa oleh Najib di Perak.Sebagai Pengerusi BN Perak di akhir pemerintahan Pak Lah Najib dengan rakusnya telah melakukan rampasan kuasa kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat Perak.Tujuan utama Najib adalah untuk membuktikan pada Pak Lah beliau lebih berpengaruh dari Pak Lah sebelum penyerahan kuasa sebagai PM ke 5.Dengan berbekalkan kejayaan rampasan kuasa di Perak ini lah proses penyerahan kuasa PM berjalan saperti biasa pada Mac 2009.Pada ketika itu tiada alasan untuk Pak Lah tidak serahkan jawatan PM kepada Najib.Walaupun umum mengetahui siapa kah sebenarnya Najib yang dikelilingi perbagai skandal dan rasuah.

Dengan rakusnya rampasan kuasa yang berlaku di Perak Najib membelakangkan perlembagaan negeri Perak dan perlembagaan Malaysia.Najib adalah penderhaka kepada Sultan kerana beliau telah menipu Tuanku Sultan Azlah Shah agar perkenan perlantikan Zamry sebagai MB Perak yang haram.Sedangkan Tuanku Sultan adalah bekas Ketua Hakim Malaysia.Keputusan Mahkamah Tinggi telah menafikan rampasan kuasa di Perak dan menghistiharkan YAB Ir Nizar adalah MB Perak yang sah.

Rakyat Perak dan Malaysia hari ini sudah pun mengetahui hal yang sebenarnya apa yang berlaku.Walaupun Mahkamah tinggi telah menghistiharkan YAB Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah Najib masih mempertahankan rampasan kuasa di Perak dengan menggunakan kuasanya sebagai PM agar mahkamah rayuan membenarkan penangguhan keputusan mahkamah tinggi.

Apa pun keputusan Mahkamah Rayuan pada hari yang ke 100 rampasan kuasa di Perak rakyat dapat menilai siapa kah Najib yang sanggup mencemarkan sistem Raja Berpelembagaan dan sistem Mahkamah di Malaysia

-tumpatdaily

No comments:

Followers