Tuesday, May 26, 2009

Debat Husam-Zahid Hamidi malam ini

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi akan bertemu dalam Program Hujah TV 9 pada 26 Mei 2009 (Selasa) jam 9.30 malam.

Program tersebut akan menampilkan Profesor Madya Agus Yusof sebagai pemudahcara dengan tajuk “Rasuah Politik” dan akan disiarkan secara langsung oleh TV9.

Husam dilaporkan akan menyentuh perkara-perkara slogan Bersih Cekap Amanah yang semakin dilupakan oleh pemimpin-pemimpin BN, isu korupsi, agensi-agensi kerajaan yang lebih bertindak sebagai agen parti pemerintah seperti SPR dan SPRM, insitutsi kehakiman dan lain-lain.

Semalam, Husam telah mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu minggu depan.Selain Husam, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dijangka akan mempertahankan jawatan tersebut.

1 comment:

budak kampung online said...

nak nontonlah malam nih.

Followers

Video ajijoi

Loading...