Monday, May 18, 2009

Tiada calon BN di Penanti




BN tidak lawan PKR di Penanti

Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.

PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

-malaysiakini

Ajijoi ~ Seperti yang diketahui umum, memang BN takut kalah teruk di Penanti dan juga cuba mengelak daripada referandum rakyat keatas BN.

Rakyat Penanti telah bersedia untuk menterjemahkan suara rakyat didalam bentuk undian terhadap BN dan pastinya itulah yang amat ditakuti oleh Umno dan BN disaat ini.
Alasan BN yang meletakkan kesalahan keatas PR amatlah memalukan kerana cuba menutup kelemahan sendiri dengan menuding jari kepada pihak lawan.

No comments:

Followers