Thursday, May 26, 2016

Alhamdulillah. PAS berjaya bentang RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 di Parlimen

Sungguhpun hari ini adalah hari terakhir parlimen bersidang dan RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 yang mahu dibentangkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula diletakkan di nombor 15, dengan kuasa Allah Taala serta doa ahli-ahli Pas serta umat Islam seluruhnya, pindaan tersebut berjaya juga dibentangkan hari ini.

Sungguhpun perbahasan pindaan tersebut diminta tangguh sehingga persidangan Parlimen yang akan datang, sekurang-kurangnya pindaan tersebut telahpun berjaya dibacakan pada sidang kali ini yang mana ianya akan membuka jalan bagi perbahasan dan seterusnya diluluskan. 

Umat Islam yang mengikuti persidangan Parlimen hari ini tentu saja amat kecewa dengan suara-suara tentangan dan juga pertikaian berkenaan pindaan tersebut terutamanya yang datang daripada orang yang mengaku beragama Islam itu sendiri.

Biar apapun, kita semua perlu bersyukur atas kejayaan parti PAS yang sentiasa istiqamah dalam perjuangannya menegakkan agama Islam dinegara ini biarpun ditentang hebat daripada pelbagai penjuru.

Alhamdulillah. Takbir!

Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar


Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat di padang berhadapan Markaz Pas Kuala Kangsar, Bukit Chandan.

Pengumuman tersebut akan dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden Pas), Haji Razman Zakaria (Pesuruhjaya Pas Perak) dan juga Raja Iskandar Al-Hiss (YDP Pas Kuala Kangsar).

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi bersama-sama meraikan calon  bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang akan diumumkan malam esok. 

Semoga segalanya berjalan lancar dan calon yang akan diumumkan itu menjadi pilihan seluruh warga Kuala Kangsar bagi memenangkan Pas di dalam pilihanraya kecil tersebut.

Followers