Thursday, May 21, 2009

3 Hakim akan tentukan di Mahkamah Rayuan hari ini


Hari ini, Khamis, Korum 3 Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar kes MB Perak.

Dimaklumkan juga bahawa pada hari esok, Mahkamah Rayuan akan menolak mana-mana kes untuk disebut, didengar dan/atau diputuskan semata-mata untuk meberi LALUAN kepada kes MB Perak.

Korum Hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar kes MB Perak adalah:-

Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, DPMN,KMN
Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, DCSM, DIMP, KMN, PPT
Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie, PJN, PBS.

Walaubagaimana pun, ramai penganalisis politik berpendapat keputusan hari ini kurang signifikannya kerana yang penting ialah suara rakyat Perak masih tetap dominan untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri berkenaan, demikian kata Pengerusi BBC DUN Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

"Kalau keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat sudah pasti Datuk Seri Nizar akan memohon mengadap baginda Sultan untuk memohon pembubaran DUN secepat mungkin.

"Kalau keputusan sebaliknya memihak kepada Zambry maka kemelut politik Perak masih tidak berubah dan penyelesaiannya juga tetap berbalik kepada jalan pembubaran DUN.

"Jadi apapun keputusannya tidak akan menukar pendapat rakyat Perak bahawa DUN perlu dibubarkan segera mungkin supaya rakyat dapat memilih sekali lagi kerajaan yang sah," kata beliau lagi.

No comments:

Followers