Sunday, May 10, 2009

Sketsa kopi dan politik janda


"Kopi Janda satu" pesan Haji Umar kepada pelayan kedai depan masjid itu.

"Agak mike ni, hari-hari kopi jandanya. Idak ke jemu-jemu tiap-tiap pagi ngirup itu? Dengor mike mesan kopi janda tadi, teringat teman kat arwah Mael. Dia gemor benor dengan kopi janda. Tiap-tiap pagi, itu le dipesannya. Lepeh tu, bukak cerita politik. Tak habih-habih dengan politiknya." panjang leter Sahak, siak masjid menyambut kedatangan teman gebangnya pagi itu.

"Arwah Mael memang tak habih-habih dengan politik dia. Tapi la ni politik janda yang paling hangat" acah Haji Umar yang pekat loghat Kedahnya itu memanaskan suasana pagi Jumaat itu.

" Politik janda? Janda mana? Janda Murni tu ke?" tanya Sahak tak berapa paham.

Sluuurpp. Haji Umar menghirup kopi jandanya.

"Tak aih. Aku bukan cerita pasai janda Murni tu. Politik janda tu maksud aku politik kat Perak la ni. Depa dah becerai. Bini pun dah kawin lain. Tapi laki dia dok kacau lagi. Gila talak. Sampai tara ghampeh janda dia dari laki baru tu. Laki baru dia kata aku tak cerai bini aku lagi. Aku masih sah laki dia. Hang ghampeh bawak lari macam mana pun dia tetap bini aku yang sah. Lebih kurang gitu la cerita politik kat Perak ni. Tu kira politik janda la tu" panjang lebar Haji Umar menjelaskan kepada Sahak sampai senget-senget songkok buruk dia menggaru kepala.

" Ohh..macam tu. Patut le teruk bebenor deme begaduh dalam dewan semalam. Macam berebut bini le jugak. Aku tengok berita malam tadi, tak patut betoi depa buat macam tu. Sampeikan Raja Muda pun kena tunggu 5 jam deme habih begaduh. Paper Utusan pagi ni pun ada ceritanya. Tak senonoh betui. Buat malu orang Perak je. Dah buat mesyuarat elok-elok, ikut je le apa arahan pun. Orang dah undi majoriti. Yang majoriti tu le patut menang. Ini idak. Nak bekereh juga" dah mula lain macam gaya bunyi Sahak pagi ni.

"Itu la hang. Dok pecaya tv, dok baca utusan. Hang ada tak bukak mata hang, bukak kepala otak hang cari sumber yang lain? Hang tak masuk internet ka? Tak baca blog?" tanya Haji Umar penuh selamba. Memang Haji Umar telah terlatih dalam mengawal perasaan bila bersembang dengan orang-orang yang karat biru ini.

"Aku mana ada internet. Pasei apa pulak nak ngabih duit bayo internet? Tengok berita kat tv dengan baca paper pun dah cukup. Blog tu apa? Road block tu aku tau le." Sahak dah mula hangin.

"Blog ni macam berita tv dengan paper la jugak. Cuma dia lebih terbuka. Yang betoi depa kata betoi, yang tak betoi depa kata tak betoi. Lepeh tu, semua gambaq ada, video pun ada. Tak buleh nak tipu la macam tv dengan paper tu." Haji Umar masih steady menjelaskan kepada Sahak yang dah mula duduk menyenget, kaki silang panggung.

"Alah, deme dalam internet tu tipu sape nak tau. Kalau tv dengan paper ni takkan le deme nak nipu. Kerajaan punya. Takkan kerajaan nak nipu rakyat kot." balas Sahak sambil matanya melilau melihat sekeliling.

"Cerita pasai dewan semalam. Gambaq dengan video memang tak buleh nak menipu. Orang-orang bn langgaq habih peraturan semua ikut suka depa. Usul depa tak diterima pun depa balun sakan. Speaker yang sah depa ganti dengan orang lain." terang Haji Umar slow and steady.

"Mana kamu tau semua ni. Mandei-mandei je kamu." Sahak tak puas hati kerana dirasakan Haji Umar telah mula mengata pemimpin kesayangannya.

"Aku ada la orang cerita kat aku. Semua yang depa buat semalam dah dirancang dah. Sehari sebelum dewan tu mula, depa dah belakon siap. Sapa nak buat lagu ni, sapa nak kata lagu tu. Semua skrip depa dah tulih. Sampaikan maikropon mana depa nak katup pun depa dah test siap. Semua mata-mata yang dok serbu semalam pun depa dah bagi dok kat situ awai-awai. Jubah speaker pun depa siap satu yang lain, yang palsu punya. Pasai tu ada dua speaker pakai jubah sama semalam" sambung Haji Umar lagi.

"Kamu jangan mengarut le aji, takkan deme nak buat macam tu. Ishh, tak pecaya le aku. Raja muda pun ada situ sekali semalam, kan?" jerkah Sahak.

"Ya la. Hang tau ka pasai apa raja muda dok tunggu sampai lima jam tu? Pasai apa dok tangguh rehat sampai dua kali?"tanya Haji Umar menambahkan kerut dahi Sahak.

"Ate...dah speaker tu degei tak nak turun. Itu pasei le sampei ke petang raja muda nunggu tu" bentak Sahak.

"Depa tangguh sampai dua kali tu pasai depa dok tunggu keputusan mahkamah di kuala lumpur. Mahkamah tu patut bagi jawab sapa mb yang betoi. Tup tup...mahkamah kata tangguh sampai isnin pulak. Tu yang depa bawak pi masuk semua mata-mata tu heret keluaq speaker. Masa dah suntuk. Depa kena buat jugak semua tu sebelum tarikh akhir dun pada 13 haribulan lima ni. Bila depa dah heret keluaq speaker yang sah, depa ganti dengan speaker yang depa lantik tak ikut perlembagaan tu, baru la depa pi panggei raja muda suruh rasmi dewan. Konon-kononnya depa la yang sah pasei raja muda rasmikan dewan masa depa yang pegang kuasa dalam dewan." terang Haji Umar satu persatu.

"Aku tak pecaya le cerita kamu ni. Sape yang mejoriti dalam dewan, deme le yang ada kuasa. Yang sah mengikut kiraan mejoriti." Sahak masih tak puas hati.

"Majoriti secara tak sah tetap tak sah. Yang dok kalut kat luaq dewan sekali pasai apa? Habih pi tangkap semua orang yang pakai baju hitam la, yang dok minum teh kat kedai mamak pun depa cekup. Saja nak buat provokasi kot-kot ramai rakyat yang berontak, boleh depa umum darurat. Lagi senang kerja depa. Ada orang bagitau kat aku, pihak tentera pun depa dah suruh besiap sedia. Kot-kot ada rusuhan ka. Kalu depa isytihar darurat la, masa tu tentera pun masuk pekan." cerita Haji Umar sambil menghirup kopi jandanya kali terakhir.

"Ahh...yang aku tau, semua yang deme buat tu betoi, sah sebab kita mejoriti dalam dewan tu. Kita pegang pada mejoriti je." tinggi suara Sahak menyangkal cerita Haji Umar tadi.

"Majoriti ka tak majoriti ka, senang saja. Nak tau betoi-betoi sapa majoriti, bubar dun. Masa tu baru kita betoi-betoi buleh konfem sapa yang sebenaqnya majoriti." jawab Haji Umar dengan tenang.

Sahak pun tercekik air liur untuk menjawab kata-kata Haji Umar tadi. Berkedip-kedip matanya menghalang fikirannya mengiyakan kata-kata terakhir Haji Umar tadi.

Dengan pantas Sahak menyambar sejambak kunci keretanya yang terletak diatas meja sejak tadi lalu terus beredar meninggalkan Haji Umar yang masih tersengih melihat telatah Sahak pagi itu.

"Nak tau sapa betoi-betoi majoriti, bubar dun" kata-kata terakhir Haji Umar tadi betul-betul melekat dikepala Sahak sehingga sukar untuk menghilangkannya.

BUBAR DUN. Suatu perkataan yang benar-benar ditakuti dan menghantui puak-puak karat biru sehingga hari ini.

3 comments:

jarum peniti mak long said...

salam....aterr...macam kenal aje watak2 dalam ni....

Saya Rakyat Malaysia said...

kenapa bile adun bota lompat masuk pkr tak yah buat pilihan raya? bila adun pkr dan dap keluar (bukan lompat, sekadar menyokong parti biru karat) serta merta pulak kena bubar dun? apa kes? double standard ke?

biar karat tapi besi berani masih boleh dicat.

jarum peniti mak long said...

sebab bila 3 org tu (teman x gamak guma e..r) habis huru hara rakyat perak...jatuh kerajaan yang sah yang telah dipilih rakyat semasa pru 12.....bila Nasar pura2 masuk pkr, tak bergoyang sedikitpun ubn...samada diperak hatta di m'sia........

Followers