Monday, October 29, 2012

Ceramah Ustaz Zamri TV9 di Kg Changkat Larang


Pada malam hari raya Eidul Adha yang kedua, satu ceramah agama oleh Ustaz Zamri yang popular melalui program 'Mari Mengaji' di TV9 telah diadakan di Pusat Rawatan Darul Syifa' @ Baitul Sa'adah, Kg Changkat Larang dengan anjuran bersama Keluarga LunKibah (Allahyarham Roslan Shahrum).

Program malam itu dimulakan dengan tahlil dan doa selamat.

Tahlil dibawa oleh Imam Mokhtar

Manakala doa selamat pula dibacakan oleh Imam Saleh


Setelah doa selesai, jamuan pun bermula



Sementara hadirin menikmati jamuan, Sdr Mazlan mengalunkan zikir munajat



Sdr Mazlan yang merupakan bekas pemenang tempat kedua pertandingan Tiru Gaya P. Ramlee peringkat kebangsaan telah mengalunkan beberapa lagu nasyid dan juga lagu-lagu P. Ramlee

Ketibaan Ustaz Zamri disambut gembira


Sebelum memulakan ceramah, Ustaz Zamri dijamu dengan hidangan malam itu

Isteri dan anak-anak Ustaz Zamri juga turut serta bersama

Ustaz Shamsul Jamil yang juga salah seorang ahli keluarga LunKibah memulakan ceramah


Hadirin yang datang mendengar ceramah agama oleh Ustaz Zamri

Kaum ibu juga tidak mahu lepaskan peluang melihat Ustaz Zamri secara live

Antara aksi-aksi Ustaz Zamri ketika menyampaikan ceramahnya


Rakaman ceramah Ustaz Zamri akan disiarkan diblog ini nanti

Ustaz Shamsul Jamil menutup majlis

Sempat penulis bergambar dengan Ustaz Zamri (dan Jeff dan Bob)

Bila tiba time dapat bergambar berdua, Ustaz Zamri terpejam mata la pulak...

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...