Monday, May 4, 2009

Zambry sangkal guna bomoh

‘Tuduhan guna bomoh tindakan orang terdesak’

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalid Idham Lim Abdullah yang menuduh beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan bomoh untuk menjampi kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah melampau serta menjijikkan.

Beliau berkata, tuduhan itu keterlaluan dan tidak patut dikeluarkan Yang Berhormat bergelar ustaz.

“Kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak (BBC-PR) itu adalah terdesak, tidak bertanggungjawab dan bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap saya serta pemerintahan BN di Perak.

“Dia seolah-olah tiada prinsip agama sehingga sanggup membuat tuduhan itu,” katanya, semalam.

Zambry membuat laporan kepada polis yang datang ke kediamannya di Taman Golf di sini, malam tadi.

-berita harian


Ajijoi ~ Tak tahu pulak laporan polis boleh dibuat secara on call dengan polis datang ke rumah untuk mengambil laporan polis tersebut.

YB Khalil Idham Lim tentu mempunyai bukti yang cukup kukuh untuk membuka ruang kenyataan dirinya dilaporkan kepada pihak polis.

2 comments:

lann-b said...

salam sejahtera,
hebat betui zambry ni sampai pdrm pi rumah dia ambil repot? atau pun pdrm ni dah jadi cawangan umno? kalau rakyat biasa kena beraturlah kalau nak buat repot. baghal betui polis ni!

mosabit said...

..maka oleh kerana ketakutan yang amat sangat maka SANG PENCURI pun menjerit... "TOLONGG...TOLONGG...PENCURI...PENCURIIII... !!!! "
apalah lawak global ameno bangang..

Followers