Wednesday, November 30, 2011

Umno cetus api perkauman, rakyat kini bersama Pakatan

IPOH,30 Nov,Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa Umno sedang berusaha keras mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini.

Menurutnya, tindakan itu dibuat supaya Umno dapat mengambil kesempatan selepas kerajaan BN semakin lemah. Apatah lagi kerajaan BN dilihat sudah tidak mampu menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat Malaysia.

"Kita yakin Umno sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba cetuskan kemarahan kaum.

"Umno BN cuba mengambil kesempatan dengan menimbulkan belbagai propaganda untuk menarik kembali sokongan rakyat.

"Yang kita risau, mereka nampaknya cuba bangkitkan isu perkauman," katanya.

Menurutnya, tindakan paling selamat bagi rakyat sekarang ini adalah bersama  berjuang di bawah payung Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati hak semua kaum.

Umno melalui media arus perdananya terus memainkan sentimen perkauman dan perpecahan kaum apabila menyiarkan berita yang  berbentuk perkauman sekaligus dapat merapuhkan hubungan erat rakyat pelbagai kaum dinegara ini.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu, juga turut menyeru rakyat negara ini agar bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin kronik dimainkan oleh pimpinan Umno BN.


http://ustazabubakar.wordpress.com/

http://perak.pas.org.my/


Monday, November 28, 2011

Perutusan Maal Hijrah 1433H oleh Pesuruhjaya Pas Perak

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Selamat menyambut Maal Hijrah ke 1433 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Tidak lupa untuk kita panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta agar dikuatkan iman yang lemah untuk kebahagiaan di kehidupan yang kekal abadi kelak.

Tidak semua yang terkandung di dalam sejarah hijrah itu mampu untuk kita ungkapkan di ruang yang amat terhad ini. Namun kita tidak mahu ketinggalan untuk menatapi mutiara hijrah yang tak pernah padam itu. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dialah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang mengambil pelajaran atau ingin bersyukur." (Al Furqan: 62)

Kedatangan awal Muharram mengingatkan kita tentang sejarah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Sambutlah dengan keazaman yang berkobar-kobar yang disulami dengan muhasabah dan semangat perjuangan.

Begitu indah dan bersopannya umat Islam jika segala perjalanan hidupnya berlandaskan syariat dan adab-adab Islam. Kita ambil sistem dan peraturan Islam untuk kita aplikasikan dalam semua aspek kehidupan secara total, meningkatkan mutu ibadah dan menunaikan segala tanggungjawab sebagai hamba nescaya hati kita akan lebih tenang dan yakin, mendapat keberkatan bahkan mampu mengembalikan semua kegemilangan Islam.

Sempena Maal Hijrah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesunggungnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.

Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.

Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan Janji Allah yang pasti benar . Firman Allah maksudnya: "Dan merupakan hak kami untuk menolong orang-orang yang beriman." (Ar Rum: 47).

Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada PAS Perak sempena Maal Hijrah 1433 H.

Ikhlas Dari

Ustaz Abu Bakar Hussain

( Pesuruhjaya PAS Perak )

Sunday, November 27, 2011

Sidang Dun Perak: Kerajaan negeri tidak cekap urus wang, menuju bankrap

IPOH: ADUN Pasir Panjang yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak , Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin mendakwa Kerajaan Negeri pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir merupakan sebuah kerajaan yang tidak cekap menguruskan negeri dengan merujuk kepada defisit kerajaan negeri sebanyak RM50.14 juta.

"Defisit RM50.14 juga dengan jelas menunjukkan cara pengendalian wang yang tidak cekap oleh Kerajaan Negeri," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta itu tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian.

"Pada prinsipnya, bajet ini ialah penggunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya .

Bajet yang dibentang kali ini mengalami defisit yang sangat besar, ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

" Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya

Beliau turut mendakwa bajet kali ini menyerupai apa yang dibntangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dahulu khususnya mengenai bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Tamil dan sekolah persendirian Cina (SUWA) di mana kerajaan BN sekarang turut melakukannya.

Oleh: Johari Jaafar

Beri perhatian kepada sekolah tamil, gesa V. Sivakumar

IPOH: ADUN Tronoh, V. Sivakumar ketika membahaskan bajet 2012 Kerajaan Negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri 23 Novembr lalu menyentuh Akta Pelajaran, setiap sekolah harus mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah (LPS).

Namun begitu katanya undang-undang ini tidak dipedulikan oleh sekolah-sekolah Tamil di Perak yang berjumlah 134 sekolah.

"Setahu saya kurang daripada 10 peratus sekolah-sekolah Tamil ini mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah. Kenapakah kerajaan negeri tidak mengambil sebarang usaha untuk menubuhkan Lembaga Pengurus Sekolah di setiap sekolah Tamil di Perak," katanya.

Menurut beliau ini merupakan satu kegagalan Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian sewajarnya kepada kebajikan dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil.

Dalam hal ini kerajaan Negeri jangan harapkan MIS melakukannnya kerana jika tugas itu diberikan kepada MIS samalah seperti memberi tugas kepada Mat Jenin dan mengharapkan beliau menyiapkan kerja itu.

"MIC akan tunggu sampai gagak putih dan bangau hitam datang untuk menyelesaikan masalah ini. MIC juga mungkin mempunyai agenda tersendiri atau sesuatu muslihat untuk mengelak daripada menubuhkan Lembaga Pengurus Sekolah di Sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak," jelasnya.

Di Pulau Pinang, 5 daripada 28 sekolah Tamil iaitu 17.8 peratus mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah. Begitu juga di Selangor, lebih daripada 30 peratus daripada sekolah-sekolah Tamil sudahpun mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah.

Beliau turut membangkitkan mengenai Sekolh Tamil Gopeng di mana mengikut maklumat semua bilik darjah menghadapi masalah anai-anai yang sangat serius. SJKT Gopeng mempunyai jumlah murid seramai 200 orang. Keselamatan anak-anak ini adalah penting dan harus diberi keutamaan. Ibubapa murid-murid sekolah ini sungguh mengharapkan pihak kerajaan mengambil tindakan segera sebelum apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di sekolah ini.

Satu lagi sekolah Tamil yang memerlukan perhatian kerajaan ialah SJKT Menglembu, Ipoh. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 304 orang murid-murid. Sekolah ini menghadapi pelbagai masalah yang perlu diselesaikan dengan segera. Masalah-masalah sekolah ini telah dibawa kepada perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada sebarang tindakan setakat ini. Setiap pemimpin yang melawat sekolah ini hanya memberi janji-janji kosong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah ini.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. SJKT Menglembu hanya memiliki 6 buah bilik darjah utama untuk menampung 304 orang murid-murid. Tambahan pula, bilik komputer dan perpustakaan juga telah dijadikan sebagai bilik darjah untuk menampung keperluan. Ini merupakan satu bukti bahawa sekolah-sekolah Tamil sentiasa di anaktirikan oleh kerajaan. Walaupun kerajaan telah menjanjikan untuk membina bangunan baru untuk sekolah ini, tetapi janji itu bagaikan janji di atas angin. Harap Dewan mengambil perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan ini.

"Sungguh sedih dalam belanjawan ini tidak ada peruntukan yang secukupnya untuk sekolah-sekolah Tamil di negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak hanya memberi RM1juta perbelanjaan utiliti untuk sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi RM4juta empat tahun berturut-turut kepada sekolah-sekolah Tamil sejak tahun 2009. Pada tahun ini, di bawah program ‘Geran Selangorku’, peruntukan tambahan yang dianggarkan lebih kurang RM5juta lagi akan diberikan untuk 97 sekolah Tamil di Selangor," ucap beliau..

Begitu juga di Pulau Pinang, Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan RM1.5juta pada tahun 2009, RM1.75 juta pada tahun 2010 dan RM1.75juta pada tahun 2011. Jumlah ini diberikan untuk ke semua 28 buah sekolah Tamil di Pulau Pinang. Sedangkan di Negeri Perak, yang mempunyai jumlah sekolah Tamil yang paling banyak di Malaysia, iaitu 134 buah sekolah, terpaksa berkongsi peruntukan untuk utiliti dengan sekolah-sekolah lain berjumlah hanya sekadar RM1juta sahaja. Ini membuktikan bahawa kerajaan ini sekali lagi menganak-tirikan sekolah-sekolah Tamil di negeri Perak.
Beliau turut menyentuh mengenai pendidikan anak orang asli,dan melahirkan rasa kesal hanya RM500 ribu sahaja diperuntukan terhadap pendidikan anak-anak orang asli di bawah program Murid Cemerlang Orang Asli.

Jumlah ini adalah terlalu rendah untuk membantu kaum orang asli yang amat memerlukan sokongan dan dokongan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

"Kerajaan boleh memperuntukan sejumlah RM3.5juta untuk Program Pemetaan Minda untuk sekolah-sekolah menengah tetapi tidak berjiwa besar untuk membantu masyarakat orang asli yang sentiasa dipinggirkan dalam segala aspek pembangunan negara," katanya.

Beliau berharap kerajaan akan menambahkan jumlah peruntukan pendidikan untuk membantu anak-anak orang asli supaya mereka juga turut menikmati arus pembangunan negara.

Oleh: Johari Jaafar

Yit Foong berang

IPOH: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Dato' Hee Yit Foong tiba-tiba berang apabila perkattan `katak' dan `pelacur politik' diungkapkan oleh ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Lantaran itu beliau beberapa kali meminta ADUN Pantai Remis menarik balik ungkapan itu tetapi Nga Kor Ming tidak menarik balik perkataan itu.

Akhirnya Yit Foong berang dan mengerluarkan arahan supaya Nga Kor Ming keluar dewan tetapi tidak diendahkan ADUN Pantai Remis itu.

Kekecohan berlaku bila Nga Kor Ming mendakwa perkataan berkenaan tidak ditujukan kepada mana mana individu sebaliknya menyatakan `siapa makan cili dia terasa pedasnya'.

Walaupun persidangan ditangguhkan sebenar bagi meredakan keadaan, tetapi bila sidang disambung semula, ADUN Pantai Remis masih tidak menarik perkataan ini menyebabkan Yit Foong mengarahkan Nga keluar dewan , tetapi Nga tidak berpuas hati dengan arahan itu..

Lantaran itu Yit Foong mengarahkan Bentara dewan mengeluarkan Nga Kor Ming dari dewan.

Akhirnya Nga setuju keluar dewan diiukti ADUN ADUN Pakatan Rakyat yang lain sebagai tanda protes terharap tindakan yang dikenakan terhadap Nga Kor Ming.

Dalam sedang media kemudiannya Nga mendakwa Hee Yit Foong tidak layak menjadi Timbalan Speaker berhubung dengan arahan mengeluarkan beliau dari dewan.

Arahan itu tidak wajar kerana ungkapan `katak' dan `pelacur politik' itu tidak merujuk kepada mana-mana individu.

"Saya tidak merujuk kepada mana-mana pihak atau kepada sesiapa sekalipun ketika menyebut `katak' dan `pelacur politik'," katanya.

Dalam perbahasan katanya, beliau cuma sebut `siapa makan cili dia terasa pedasnya', tetapi secara tiba-tiba beliau dikatakan bersikap biadap dan diperintah keluar dan digantung sehari.

Beliau tidak faham mengapa Yit Foong serta Dato' Hamidah Othman terasa dengan dua ungkapan itu.

" Yit Foong seolah-olah dilanda histeria dan tidak mampu mengawal diri," ujarnya.

Oleh: Johari Jaafar


Zambry Bentang bajet 'gula-gula'

IPOH, 23 Nov: PAS Perak menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zambry Kadir dalam Persidangan DUN Perak adalah bajet yang hanya bertujuan memancing undi.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir berkata, Bajet yang konon mengutamakan rakyat yang dibentang jelas semata-mata untuk meraih simpati setelah BN gagal menyakinkan rakyat.

Malahan, Kadar defsit yang tinggi sebanyak RM 50.142 juta juga membuktikan kerajaan sanggup menanggung risiko hanya bertujuan meraih undi.

“Pemberian insentif kepada rakyat hanyalah gula-gula yang meracuni rakyat semata-mata,” katanya.

Pemberian yang berdasarkan ‘one off’ tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat miskin tegar, ia hanya bersifat sementara.

“ Bajet Negeri Perak ternyata meniru beberapa pendekatan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat sewaktu pemerintahan 11 bulan dahulu walaupun ketika itu BN menyerang habis-habisan,” katanya ketika dihubungi.

Antara yang pernah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dahulu ialah pemberian sumbangan keperluan harian kepada rakyat miskin tegar, bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat, memberi elaun kepada Pengerusi dan Setiusaha JKKK, menaikkan elaun guru-guru Tadika Islam dan KAFA, dermasiswa kepada pelajar IPTA, pemberian tanah kepada Sekolah SUWA dan SAR, dan sebagainya.

Malah, beberapa peruntukan Pakatan Rakyat yang dipertikaikan oleh BN seperti peruntukkan kepada Hal Ehwal bukan Islam, bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, pemberian hak milik kepada penduduk Kg Baru turut ditiru .

Ujarnya, kini apa yang pernah dibuat oleh PR dulu jelas ditiru oleh kerajaan BN. PAS tidak mempertikaikan usaha-usaha ini kerana itu adalah hak rakyat, tetapi perlulah lebih telus dan adil serta sampai kepada rakyat.

Beliau berharap Kerajaan BN tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ dalam perlaksanaan dasar-dasar pembangunan ekonomi Negeri Perak.

“Apabila Pakatan Rakyat memberi peruntukan dan hak kepada kaum dan agama lain, BN menuduh kami menggadai tanah kepada Cina, Nizar pula ‘dicop’ boneka DAP. BN ternyata bersifat hipokrot,” ujarnya lagi.

Friday, November 25, 2011

Banjir Utara Perak: Pas Perak buka bilik gerakan

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengambil serius ramalan kaji cuaca yang menjangkakan berlakunya hujan lebat berterusan yang akan mengakibatkan banjir di sebelah Utara Perak pada pertengahan atau akhir bulan November ini nanti. Langkah yang pertama yang telah diputuskan oleh pimpinan Parti ialah dengan menubuhkan satu Pusat Bilik Gerakan Banjir di peringkat Negeri dan PAS Kawasan yang terbabit di bawah pemantauan dan seliaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Mohd Misbahul Munir Haji Masduki.
 
PAS Perak juga telah menyusun beberapa langkah persediaan awal bagi menghadapi suasana banjir di Utara Perak pada kali ini termasuk persediaan keselamatan jika berlaku hujan lebat yang berterusan yang mengakibatkan banjir. Malah Parti yang memperjuangkan konsep negara berkebajikan ini juga akan menawarkan bantuan yang sesuai seperti membersihkan rumah selepas banjir surut kelak. Bagi persediaan itu juga, Jabatan Amal Negeri Perak yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan menyiapkan anggota mereka bagi membentuk satu pasukan bantuan banjir bagi menghadapi sebarang kemungkinan musibah banjir kali ini.
 
Kami juga mengalu-alukan bantu orang ramai dalam semua aspek keperluan bagi membantu mangsa banjir kelak. Kami berharap persediaan awal ini nanti akan melicinkan gerak kerja bantuan yang akan disalurkan kelak. Kami juga mendoakan agar Allah SWT dapat melindungi kita dari segala malapetaka dan memberi kita kekuatan untuk bersabar dalam menghadapi segala ujianNya. Untuk sebarang pertanyaan, maklumat dan sumbangan, bolehlah menghubungi dengan talian kami di – 05 313 6377.
 
 
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Thursday, November 24, 2011

Luahan rasa masyarakat Cina mengenai rasuah dinegara kita



Masyarakat Cina dinegara kita telah lama memendam rasa muak dan jijik dengan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno.

Namun kali ini mereka mula berani untuk meluahkannya dengan pelbagai cara agar dapat dikongsi dan difahami oleh semua.

Salah satu 'luahan rasa' mereka yang mula berlegar di internet kala ini adalah video yang diedit daripada sebuah filem Hong Kong, 'Infernal Affair' yang disertakan dengan sarikata Bahasa Malaysia. Dan ditukar tajuknya kepada 'Corrupt Affair'.

Saksikan 'luahan hati' masyarakat Cina di Malaysia kini melalui video youtube dibawah. Dan sama-samalah kita 'UBAH' di Pilihanraya Umum ke-13 nanti demi kesejahteraan rakyat semua.

Wednesday, November 23, 2011

Siapa Adun Perak yang kaki judi, arak dan perempuan?

Terdapat 59 orang Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) di Perak, baik daripada pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang. Mereka-mereka ini telah dipilih oleh rakyat negeri Perak untuk duduk dikerusi tersebut bagi menyumbang khidmat kepada rakyat di kawasan mereka.

Sudah tentulah mereka ini dipilih dikalangan calon-calon yang bertanding kerana kelayakan, kebolehan dan juga akhlak ataupun moral mereka yang baik.

Namun, peribadi yang dipamerkan dihadapan khalayak tidak semestinya mencerminkan peribadi dan akhlak mereka yang sebenarnya. Banyak rahsia-rahsia tersembunyi dari pandangan mata rakyat.

Semalam, timbul satu artikel yang mendakwa bahawa terdapat seorang Adun Perak yang kaki judi, minum arak dan main perempuan. Begitu serius dakwaan artikel tersebut mengenai Adun ini sehingga dikatakan yang beliau telah meniduri PA (Personal Assistant) beliau sendiri.

Untuk membaca artikel tersebut, sila klik DISINI.

Diharap semoga dakwaan penulis artikel tersebut adalah sesuatu yang tidak benar. Dan jika ternyata ada kebenaran disebalik dakwaan itu, rakyat negeri Perak perlu lebih bijak dalam memilih siapa yang sepatutnya diangkat sebagai pemimpin.

Negeri Para Bedebah

Sebuah sajak yang bertajuk 'Negeri Para Bedebah' karya pengajak Indonesia, Adi Massardi yang perlu dihayati semua.

Tuesday, November 22, 2011

Monday, November 21, 2011

Zambry bentang bajet pilihanraya - DS Nizar

IPOH, 21 Nov : Ketua Pembangkang Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak sebagai bajet pilihanraya.

Beliau berkata, Bajet yang  mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta. Bajet yang dibentangkan ini tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian. 

"Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang DUN Perak ditangguhkan.

Tambahnya lagi, bajet tahun 2012 ini mengalami  defisit yang sangat besar. Ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

" Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya lagi.

Sidang ditangguhkan hingga esok dan akan berlanjutan hingga Jumaat.

Oleh: Muhammad Faeez

PKR dakwa dana NFC biaya umrah, syarikat keluarga Shahrizat di Singapura

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat pendedahan terbaru sambil berkata dana Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) digunakan untuk membiaya pakej umrah dan dua syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Singapura.

Tiga pemimpin parti itu berkata pada 2010, NFC telah membelanjakan RM31,580 untuk membiayai pakej umrah di atas nama pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Shahinur Izran.

"PKR mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam ini datangnya dari pejabat pengerusi eksekutif NFC sendiri," kata mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan hari ini dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Rafizi Ismail.

Selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai oleh dana awam seperti itu, kata mereka, lebih membimbangkan adalah pelbagai urus niaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat (gambar) di Singapura.

"Justeru, PKR menggesa supaya (Jawaatankuasa Kira-kira Awam Negara) PAC dan (Polis Diraja Malaysia) PDRM menyiasat segala urus niaga antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat di Singapura," kata mereka.

Dua syarikat tersebut ialah Global Biofuture Pte Ltd dan Meatworks Singapore Pte Ltd.

Global Biofuture Pte Ltd terlibat dalam urus niaga makanan dan bahan api. Semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasar raya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC.

Kata mereka, semakan PKR juga menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

"PKR percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture di Singapura.

"Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat di Singapura. Semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815," katanya lagi.

Sehubungan itu kata mereka, bukti-bukti awal tersebut sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat dalam menentukan sama ada penyelewengan berlaku, apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagai syarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman diberikan.

Kata mereka, skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan memandangkan beliau yang bertanggungjawab mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta.

"PKR menyeru supaya Perdana Menteri segera membuat kenyataan mengenai skandal ini, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat Kabinet.

"Sebaliknya, projek berjumlah RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri," katanya lagi.

Mereka juga percaya bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini.

Ketiga-tiga pemimpin itu juga mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh PAC dan PDRM terhadap pelbagai urusniaga melibatkan NFC dan Projek Fidlot Kebangsaan seperti yang diumumkan mutakhir ini.

"Bagaimanapun, isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung.

"Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya," katanya lagi.

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Konvokesyen & Hari Anugerah Cemerlang Pasti Gopeng 2011


IPOH (13 Nov): Majlis Konvokesyen & Hari Anugerah Cemerlang bagi pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Gopeng telah dijayakan di Dewan Sekolah Agama Rakyat Al-Falah, Taman Desa Pelancongan, Lahat, Perak.

Pasti yang di bawah kelolaan Dewan Pemuda Pas Gopeng itu meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Pelajar-pelajar daripada Pasti Sinaran Wahyu, Pintar, Al-Ehsan dan Ammar ini dianugerahkan di atas kecemerlangan akedemik dan juga akhlak mereka. Pelajar-pelajar yang berumur 6 tahun diutamakan di dalam majlis ini memandangkan ini adalah tahun terakhir mereka bersama di Pasti.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Pas Gopeng, Raja Mohd Yusof ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Pasti Malaysia, Tuan Haji Rosli Bin Suhaimie. Turut mengalu-alukan kecemerlangan pelajar-pelajar Pasti ini adalah Timbalan YDP Pas Kawasan Gopeng, Ustaz Radzi Zainon.

Dewan SAR Al-Falah telah dipenuhi dengan ibu-bapa pelajar yang sejak pagi hadir bagi menyaksikan dan memberikan sokongan kepada anak-anak mereka yang membuat persembahan dan juga menerima hadiah kecemerlangan mereka.


Pengerusi majlis, Raja Mohd Yusof

Adik Nur Aisyah Fatihah Bt Adli membaca surah-surah pilihan

Ucapan Pengerusi Pasti Gopeng, Mohd Firdaus Hj Fahme

Hadiah-hadiah yang menanti pemenangnya

(Dari kiri): Mohd Firdaus, Haji Rosli, Radzi dan Mejar (B) Yaakob

Ucapan daripada Radzi Zainon

Pelancaran majalah Pasti Gopeng oleh Haji Rosli

Haji Rosli menyampaikan ucapan perasmiannya

Haji Rosli memberikan sedikit gambaran mengenai perancangan yang sedang dijalankan oleh Pasti Malaysia untuk diketengah dan diseragamkan disemua Pasti seluruh Malaysia mulai tahun hadapan

Majalah Pasti Gopeng yang akan mula dikeluarkan pada sesi persekolahan tahun hadapan

Persembahan daripada pelejar-pelajar Pasti Sinaran Wahyu

Persembahan Pasti Pintar

Persembahan solo penuh semangat

Kenapa semua muka ketat je dik?

Bersedia untuk memulakan persembahan

Pelajar Pasti Al-Ehsan


Pelajar Pasti Ammar



Menggunakan alat-alat muzik di dalam persembahan mereka

Guru-guru Pasti Ammar memerhatikan persembahan pelajar mereka

Ibu-bapa yang memenuhi dewan

Mohd Firdaus dan Haji Rosli

Penyampaian hadiah dan anugerah kepada pelajar-pelajar




Adik Nur Aisyah Fatihah Bt Adli menerima hadiah beserta gambar kemenangannya sebagai Johan Hafazan (P) Ihtifal Pasti Perak











Cenderahati buat Haji Rosli disampaikan oleh Mohd Firdaus

Sunday, November 13, 2011

BELASAH DUIT RAKYAT LAGI!!! Kapal peronda, Malaysia beli RM1 bilion, Filipina beli hanya RM32.7 Juta

PADA 5 Feb lalu kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM [Utusan].

Gambar kapal peronda yang dimaksudkan boleh dilihat dalam laporan Utusan. Di bawah ini screenshot laporan berita berkenaan. Ini bermaknasebuah kapal peronda TLDM berharga RM1 bilion (RM1000 juta).


Tiga hari lepas pula, kerajaan Filipina seperti yang dilaporkan oleh portal berita berpengaruh negara tersebut, Philstar telah menerima kapal peronda besar kedua yang dibeli dari Amerika untuk kegunaan tentera laut negara itu [Philstar].

Namun begitu harga kapal peronda yang dibeli oleh Filipina ini cuma 450 juta peso (RM32.7 juta) sebiji.


Di bawah ini gambar Kapal Peronda bersaiz besar yang dibeli oleh Filipina dengan harga cuma RM32.7 juta.

Dengan duit peruntukan sebanyak RM6 bilion (RM6000 juta), kalau bagi kepada Filipina mereka boleh beli 183 biji kapal peronda bersaiz besarseperti ini.


Fakta ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia yang diperintah oleh United Malays No Otak memangsangat bijak menguruskan ekonomiseperti yang dicanangkan oleh mereka!

Sudah tentulah kapal peronda Malaysia lebih canggih dari Filipina. Kapal peronda Filipina hanya boleh melakukan rondaan di atas permukaan air, Malaysia pula boleh ronda di udara (agaknyalah).

Friday, November 11, 2011

Najib lebih berani bermain api selepas balik dari ibadah Haji

Banyak yang memperkatakan dan mempertikaikan tentang ibadah haji yang dikerjakan oleh Najib Razak dan Rosmah. Banyak buruk daripada baiknya.

Sungguhpun media perdana cuba mengangkat martabat dan nama baik Najib melalui propaganda ibadah haji beliau, namun tidak semudah itu rakyat percaya dan yakin akan keikhlasan ibadah yang dilakukan.

Apatah lagi gelagat Rosmah yang tidak menutup aurat, dengan hanya mengenakan selendang separuh mengeluarkan jambul.

Kini, ternyata Najib dan Rosmah memang berani untuk melawan larangan Allah Taala apabila melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beragama Islam.

Foto dibawah yang disunting daripada Utusan Online hari ini menunjukkan Najib bersama-sama Rosmah dan juga Rais Yatim sedang menyalakan api bagi meraikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 di Klang semalam.

Inikah contoh pemimpin Islam yang dikata dan dibanggakan oleh Najib dan juga Jamil Khir sewaktu di Mekah?

Kita mahu melihat, mufti atau orang agama mana yang berani membuka mulut untuk menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu tetap



Thursday, November 10, 2011

NFC: Keseluruhan RM250juta telahpun disalurkan

Merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.

Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa “pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya”.

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

KEADILAN telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan (associate companies) dan mendapati perkara-perkara berikut:

1) KESELURUHAN RM250 JUTA PINJAMAN TELAH DISALURKAN KEPADA NFC

~Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

~Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.

~Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

~Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).

~Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.

~Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

~Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM (sila lihat Lampiran 1) yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari:

PINJAMAN DARI KERAJAAN RM 250,000,000

GERAN KERAJAAN RM 6,082,518

~Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.

2) KERUGIAN BESAR NFC MENYEBABKAN PINJAMAN RM250 JUTA AKAN DILUPUSKAN OLEH KERAJAAN

~Analisa kepada rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan bahawa operasi ternakan lembu yang diusahakan mengalami kerugian besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta yang diberikan Kerajaan Pusat.

~Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. Kos ini adalah terlalu mahal dan tidak mampu bersaing di pasaran.

~Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, atas alasan untuk mengurangkan harga jualan memandangkan kos yang terlalu tinggi.

~Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri.

~Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

~Kos operasi yang tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun yang akan datang, apatah lagi apabila sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

~Jika ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecualilah melupuskan pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain.

~KEADILAN berpendapat jumlah RM250 juta yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk.

3) DANA DARI NFC DIPINDAHKAN KE SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KELUARGA DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL

~Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan berlaku pelbagai transaksi kewangan yang membabitkan pemindahan dana kepada syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd

~Saham-saham dimiliki oleh Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham) – sila rujuk Lampiran B.

~Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my

~Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd

~Saham-saham dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000) – sila rujuk Lampiran C.

~Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my

~Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

~Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan pada akhir tahun kewangan, National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) berhutang dengan NFC sebanyak RM81,222,448.93 walaupun kegiatan NLMC hanyalah untuk tujuan pemasaran daging.

~Jumlah yang besar sebegini (iaitu RM81 juta) sudah tentu datangnya dari pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC, memandangkan perolehannya hasil aktiviti menternak dan menjual daging lembu hanyalah RM5,928,512.

~Ini menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang secara jelas menyalahi prinsip pertanggungjawaban wang awam, apabila syarikat yang diberi amanah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan perniagaan persendirian milik mereka.

4) PERBELANJAAN LAWATAN LUAR NEGARA DAN KERAIAN YANG TERLAMPAU TINGGI

~Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan sejumlah RM827,579 wang rakyat digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah-pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah yang dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan bersamaan dengan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009 oleh NFC.

~Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan oleh kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kos operasi di NFC adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot ini dibuat.

Berasaskan fakta-fakta di atas, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC adalah perkara yang berat.

Saya menyeru kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Saya juga menyeru supaya Dato’ Seri Shahrizat Jalil mula tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia memandangkan pendedahan setakat ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR

Wednesday, November 9, 2011

Najib bakal bubar parlimen 11.11.11?

Sekembalinya Najib Razak daripada menunaikan ibadah haji dari Mekah hari ini, angin pilihanraya umum ke 13 semakin kuat bertiup.

Ramalan-ramalan yang mengatakan bahawa Najib akan membubarkan parlimen pada tarikh 11 November 2011 (11.11.11) yang dianggapnya sebagai keramat bakal menjadi kenyataan.

Perkembangan terbaru yang berlaku hari ini apabila guru-guru telah diedarkan dengan borang-borang untuk bertugas sebagai petugas SPR di hari pilihanraya nanti. Perlantikan sebagai KTM (Ketua Tempat Mengundi) dengan elaun sebanyak RM280.00 sehari telah dimulakan.

Ini bermakna, pembubaran parlimen yang dilakukan pada 11.11.11 akan diikuti dengan 1.12.11 (Khamis) sebagai hari penamaan calon dan 10.12.11 (Sabtu) akan dipilih sebagai hari membuang undi.

Dengan berbekalkan imej Haji dan Hajjah yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah bagi meraih undi simpati orang Melayu, pilihanraya umum kali ini merupakan penentuan antara hidup dan matinya kuasa Umno bersama Barisan Nasional memerintah Malaysia.

Masa yang telah lama dinanti-nantikan oleh banyak pihak untuk mengubah landskap politik serta nasib rakyat Malaysia telah semakin hampir. Jangan disia-siakan peluang keemasan ini untuk 'Selamatkan Malaysia'.

Pertandingan Poster dan Montaj 'Selamatkan Perak di PRU13' dilanjutkan

IPOH, 9 Nov: PAS Negeri Perak akan mengorak langkah dalam persiapan pilihan raya Umum ke 13 dengan memberikan ruang kepada rakyat mengeksprestasikan pandangan dan keprihatinan mereka terhadap suasana politik negeri ini melalui satu pertandingan poster dan montaj bertemakan 'Selamatkan Perak di Pilihanraya Umum ke 13'.

Ketua penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, penyertaan rakyat Perak khasnya dan seluruh rakyat amnya akan dapat menzahirkan hasrat sebenar rakyat Perak yang disalurkan secara kreatif melalui pertandingan tersebut.

Menurutnya, pertandingan tersebut telah dilanjutkan kepada 30 November ini, sebulan daripada tarikh asalnya kerana atas permintaan ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pertandingan telah menyediakan saguhati kepada pemenang-pemenang kedua-dua kategori itu nanti.

Hadiah wang tunai bagi kategori poster untuk tempat pertama ialah RM300, kedua (RM200) dan ketiga (RM100).

Manakala dalam kategori montaj video yang tidak lebih lima minit, hadiah untuk tempat pertama ialah RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200).

PAS Perak mengharapkan penyertaan yang kreatif dari rakyat nanti akan menyemarakkan lagi bahang pilihanraya umum ke 13 nanti dengan bentuk penerangan yang lebih pelbagai dan menarik bagi meneruskan momentum rakyat Perak yang tidak redha dengan tragedi rampasan kuasa oleh BN, katanya.

"Kita berharap agar pertandingan ini akan membuka ruang kepada golongan celik teknologi maklumat (IT) terutama golongan muda yang kreatif untuk menyumbang bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) akan kembali memerintah Perak nanti.

"Sebarang penyertaan boleh diemelkan ke jomselamatkanperak@gmail.com , " katanya lagi.

Tuesday, November 8, 2011

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Ibadah Qurban Surau Al-Ehsan 2011


IPOH (6 Nov): Hari Raya Aidil Adha ataupun juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban adalah salah satu takwim yang penting buat pengurusan Surau Al-Ehsan. Setiap tahun, pihak surau mengendalikan ibadah qurban dengan menyembelih binatang qurban.

Pada tahun ini, 12 ekor lembu dan kerbau disembelih. Seekor lembu disembelih sehari sebelum hari raya sebagai sembelihan aqiqah. Manakala, pada hari raya 10 ekor lembu dan kerbau telah disempurnakan sembelihannya oleh pihak pengurusan surau. Seekor lembu lagi akan dikorbankan pada hari Selasa oleh guru-guru sebuah sekolah di Ipoh yang menumpang surau untuk melaksanakan ibadah qurban.

Ahli jawatankuasa Surau Al-Ehsan dengan pengerusinya, Ustaz Abu Bakar Hussain begitu teruja dengan penyertaan orang ramai pada tahun ini yang melebihi sasaran. Proses penyembelihan, lapahan, pemotongan daging dan tulang berjalan lancar dengan kerjasama gotong-royong orang ramai yang datang.

Program ini yang bermula jam 10 pagi telah dapat diselesaikan menjelang jam 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari disediakan oleh pihak surau.

Pendaftaran dijalankan dengan teratur untuk melicinkan perjalanan program

Ustaz Abu Bakar membuat beberapa pengumuman dan juga mewar-warkan nama-nama peserta qurban

Para petugas sedia menunggu ketibaan daging qurban

Orang ramai daripada pelbagai peringkat umur menyaksikan penyembelihan

Penumbang berusaha untuk menyediakan kerbau untuk disembelih

Ustaz Abu Bakar menyembelih seekor kerbau

Tuan Haji Syed Ayob menyembelih kerbau


Cikgu Naser juga menyembelih

Haji Omar menyembelih dengan gaya 'SAMURAI'nya


Ustaz Rosman

Kaum Tionghua ini juga berminat untuk menyaksikan cara-cara penyembelihan dijalankan

Proses melapah kulit lembu

Mengasingkan organ-organ dalaman lembu

Anak-anak remaja juga rajin membantu memotong daging



Tulang-tulang rusuk juga dipotong

Daging-daging ditimbang untuk agihan



Tulang-tulang dikumpul dan dibawa ketempat memotong tulang

Proses mengapak tulang

Kepala lembu juga diproses bersih

Ekor menjadi rebutan

Bahagian mencuci perut lembu

Daging-daging dikumpulkan untuk agihan

YB Simpang Pulai, Chan Ming Kai melawat program qurban di Surau Al-Ehsan, bergambar bersama Haji Omar dan Sdr Rafie

YB Chan bersama Ustaz Abu Bakar

Followers