Sunday, May 24, 2009

Pas mempraktikkan Islam - TG Nik Aziz

Tuan-Tuan yang ada pada hari ini tidak ada semasa kami ditendang dari Umno, tak rasa perit pedihnya. Saya masih terasa, parutnya masih ada. Sampai bila pun kita tidak akan bersama dengan Umno!

Kata Tok Guru lagi:Ulamak ada banyak tingkat, royat satu ayat ulamak juga, royat banyak ayat ulamak juga.

“Beritahu walaupun satu ayat”.

Mengenai pemilihan kepimpinan PAS, saya setuju bertanding, kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Kata Tok Guru lagi, terpulang kepada perwakilan untuk pilih. Saya berasa yakin yang akan naik ini, setelah bersama saya 20 tahun pimpin negeri kelantan, Dewan harian, Exco yang bersama saya telah mempraktikkan Islam…

“Bersama saya praktikkan dari segi aqidahnya, pentadbirannya, bacaan politik, pertandingan ini ada Exco-Exco kelantan, saya berasa gembira kerana orang ini telah mempraktikkan Islam,” kata Tok Guru menjawab pentanyaan wartawan selepas merasmikan Sambutan 25 Tahun Kepimpinan Ulamak di Taman Melewar.

No comments:

Followers