Monday, May 18, 2009

Zambry vs Nizar: Wawancara Berita Harian


Kalau pakatan pembangkang benar-benar ikhlas dengan prinsip demokrasi berperwakilan mereka tidak akan mendesak untuk kembali kepada rakyat kerana wakil rakyat sudah pun dipilih. Jadilah gentleman. Mereka tidak ada majoriti. Kenapa paksa buat pilihan raya semula semata-mata kononnya rakyat mahukan begitu?, Tetapi siapakah yang meracuni dan menghuru-harakan keadaan?

Rakyat boleh menerima sekiranya kita jadi ahli politik yang gentleman atas
asas demokrasi berperwakilan. Tetapi Nizar dan bekas Exco kanan, Datuk Ngeh Koo
Ham dan seorang lagi bekas Exconya, Nga Kor Ming yang dipanggil `3N' yang
menggunakan saluran ceramah, menggunakan sidang DUN dengan menghalang Adun BN tertentu masuk ke dewan. Adakah ini demokrasi? Apakah mereka lebih adil?

Inilah golongan minoriti yang cuba menyerang majoriti. Mereka tidak dapat
terima mereka sudah hilang majoriti. Inilah yang sering kali saya sebutkan 'the
tyranny of the minority' (kekejaman golongan minoriti) yang bertindak sesuka
hati kononnya merekalah penguasa mutlak yang boleh membentuk pemikiran dan
pilihan rakyat. Mereka biuskan fikiran rakyat sehingga episod ini dianggap
sebagai kekejaman BN.

Soal Jawab: Tak faham prinsip demokrasi punca krisis politik Perak berpanjangan - Zambry





Bukan hanya saya saja yang mengatakan. Sebagai MB, itulah sifat dan amanah tanggungjawab saya. Tetapi hari ini, kita lihat Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; pemimpin Gerakan; Speaker Dewan Negara; Tengku Razaleigh Hamzah, pengamal undang-undang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Suhakam dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan juga menyatakan pembubaran DUN jalan terbaik. Jadi, kenapa Umno takut berjumpa dengan rakyat. Di mana kewibawaan Umno, dalam kes ini, kenapa tidak mahu kembali kepada rakyat. Ini menunjukkan mereka ada niat lain, mereka tidak yakin bahawa mereka akan menang. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi tamparan hebat kepada Umno. Apa saja mereka tuduh saya tidak ada majoriti dan mereka ada majoriti, semuanya dinafikan dan ditolak oleh Mahkamah Tinggi yang menerima hujah saya.

Sejak bila Umno mengajar kita berjimat. Di manakah kewibawaan Umno...sebab ada krisis kewangan, maka kita (buat pilihan raya) membazir. Sejak bila dia (Umno) belajar cakap macam tu. Yang dia membazir hantar satu orang pergi angkasawan, habis RM100 juta, itu tidak membazir? (Pilihan raya) ini untuk kestabilan politik. Jadi, jauh lebih berat daripada itu pun Umno boleh belanja, macam-macam projek yang dia buat, tetapi tergendala, itu tidak membazir? Jadi, usah cerita mengenai membazir ini, dia tidak ada hak untuk bercakap mengenai pembaziran, merekalah yang menghabiskan kewangan negara.

Soal Jawab: 'Pilihan raya, bubar DUN mampu selesai kemelut politik di Perak' - Nizar

No comments:

Followers