EGM PPP: Lucutkan Kayveas, Murugiah Presiden baru
Murugiah: Ini tsunami politik PPP, sejarah baru tercipta

PRESIDEN BARU... Senator T. Murugiah (tengah) menjawab soalan wartawan selepas dipilih sebagai Presiden PPP yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar di Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP), yang pernah dilanda krisis kepimpinan dua dekad lalu, kini kembali ke era lama apabila kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu, memilih beliau sebagai Presiden baru parti itu hari ini.
Ia diputuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM).
Malah, EGM itu juga melucutkan Datuk M. Kayveas sebagai Presiden.
Ketika mesyuarat ini diadakan Kayveas dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.
Ketika dihubungi Kayveas berkata, beliau tidak akan melayani 'resolusi' yang diluluskan oleh kumpulan tersebut.
"Beliau (Murugiah) boleh melakukan apa yang dia mahu tetapi kami masih menunggu rayuan (berhubung keputusan dilucutkan) beliau, yang perlu dikemukakan sebelum 30 Mei ini," kata beliau sambil menambah, EGM itu bercanggah dengan Akta Pertubuhan.
EGM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pukul 12 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian.
Murugiah dibawa masuk ke dalaman dewan persidangan dengan iringan muzik dan diusung oleh penyokongnya sebaik sahaja usul pertama diluluskan oleh perwakilan.
Usul pertama menyebut tentang pembatalan keputusan memecat enam pemimpin PPP termasuk Murugiah minggu lalu.
Enam usul diluluskan EGM termasuk yang berkaitan dengan pemilihan Murugiah sebagai Presiden.
Lima usul yang lain ialah: - undi tidak percaya dan melucutkan Kayveas sebagai Presiden PPP
- memilih Murugiah sebagai Presiden
- undi tidak percaya terhadap kesemua Ahli Majlis Tertinggi, sekali gus memecat mereka
- memilih tiga Naib Presiden dan 22 Ahli Majlis Tertinggi yang baru
- membatalkan proses penamaan calon 30 Mei ini dan menangguhkan Mesyuarat Agung
Tahunan dijadual pada 7 Jun ini
Kesemua usul diluluskan dengan ucapan mengecam kepimpinan Kayveas.
Selain memilih Murugiah, EGM juga memilih tiga Naib Presiden yang baru dan 22 AMT.
Pada 9 Mei lepas, Murugiah dipecat daripada PPP kerana didakwa terlibat dengan politik wang.
Ketika ditemui wartawan kemudian, Murugiah berkata, EGM hari ini dihadiri 1,760 perwakilan dari seluruh negara.
"EGM ini sah dan ikut undang-undang," kata Murugiah yang akan menemui Pendaftar Pertubuhan (ROS) esok untuk memaklumkan perkembangan dan hasil EGM.
Beliau juga mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan baru ini.
Sambil menyifatkan perkembangan hari ini sebagai "tsunami politik PPP", Murugiah berkata, beliau juga sudah menerima pengesahan ROS yang cawangannya, Sg. Parit Tower di Perak sudah dihidupkan semula.
"Saya menerima surat daripada ROS Jumaat lalu," katanya.
Bagaimanapun Murugiah kelihatan "beremosi" apabila ditanya soalan sama ada PPP kini mempunyai dua orang presiden.
"Kayveas sudah dilucutkan tadi dan perwakilan memilih saya... ini keputusan perwakilan," kata beliau yang turut menegaskan, notis secukupnya telah dikeluarkan
untuk mengadakan EGM hari ini.
Kata Murugiah, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenainya dan menyerahkan kepada peguamnya dan ROS.
Kata Murugiah, EGM dianjurkan oleh perwakilan dan beliau hanya dijemput hadir, sekali gus dipilih sebagai Presiden PPP yang baru.
Terdahulu dalam ucapannya sebagai Presiden baru, Murugiah berkata, beliau akan kembali menjalin hubungan baik dengan parti-parti komponen BN.
"Saya akan mengadakan kunjungan hormat menemui pemimpin parti-parti komponen BN tidak lama lagi," katanya.
Malah jelas Murugiah, di bawah kepimpinannya PPP juga tidak akan mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan keluar BN.
Hari ini beliau turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta pengerusi perhubungan negeri PPP.
-mstar.com

Ajijoi ~ Nampaknya pelajaran politik dan undang-undang yang dipersembahkan di Perak telah berjaya dipraktikkan oleh PPP dengan jayanya.
Selepas ini, akan berterusan ke mahkamah dan pada minggu pertama, salah seorang daripada mereka akan diumumkan presiden yang sah dan pada minggu berikutnya, yang seorang lagi itu pula yang akan dinobatkan sebagai presiden yang sah.
Akhirnya ahli-ahli yang akan pening untuk mengikuti arahan presiden yang mana satu.
Dan sebagaimana kes di Perak juga, yang akan mengilai mengaut keuntungan adalah tauke-tauke media kerana jualan berita mereka akan meningkat berkali ganda daripada biasa.
Ya....krisis di Perak hanyalah kerana menguntungkan tauke MEDIA.
Anda masih ingat Ismail Pentalon didalam filem P.Ramlee 'Tiga Abdul'? Dialah penasihat kepada Tuan Sadiq Sigeragar yang ayat powernya "20 percen".
Ada persamaan disitu....fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment