Tuesday, May 5, 2009

Zambry go blog


Memang betul la ramai orang yang berkata Zambry ni suka meniru DS Nizar.

Nizar buat macam ni, Zambry pun buat macam ni. Nizar buat macam tu, Zambry pun tiru buat macam tu.

Nizar dapat Dato Seri, Zambry pun nak Dato Seri. Nizar ada blog sendiri, Zambry pun nak tulis blog jugak. Tapi blog Nizar dia buat dan tulis sendiri. Blog Zambry pakai .com berbayar dan entah siapalah yang tukang tuliskan di blog tu.

Tuan-tuan bezakanlah sendiri blog DS Nizar di http://kamparinn.blogspot.com/ dengan blog Zambry di http://www.zambry.com/

Bukanlah maksud saya untuk mempromosikan blog si Zambry ni.

Cuma saya nak pesan, kalau anda menghantar komen di blog dia tu, janganlah ramai-ramai sangat. Janganlah memaki hamun dia pulak. Dan janganlah penuh sesakkan ruangan komen dia tu sampai tutup terus macam website sultan perak hari tu.

Setakat ni, tak banyak la yang dia tulis. Baru 2 posting aje. Tapi komen yang orang ramai hantar, boleh tahan la jugak. Semuanya memuji-muji. Penghantarnya pun lebih kurang orang tu orang tu la jugak. Memang pengunjung betul ataupun pengunjung upahan, wallahua'lam.

Sekurang-kurangnya bolehlah tuan-tuan berinteraksi dengan Zambry secara terus walaupun hanya melalui alam maya sebab nak jumpa dengan dia secara live pun susah sangat. Tak percaya, sebagai contoh, waktu solat jumaat, carilah kat mana dia solat jumaat untuk warga perak bersalam-salam dan berkenal-kenalan dengan dia. Susah yeop.

Akhir kata, pakat-pakatlah tuan-tuan tengok-tengokkan blog Zamry ni. Kot-kot ada benda-benda yang berkenan disitu.

1 comment:

emcee^2 said...

meluat ak ngan mamak tu..talam 2muke..

Followers