Monday, March 25, 2013

Setelah 4 tahun baru saman sampai?


25 Mac 2013- Maju Rapat

Kenapa hanya saya disaman, sedangkan dah jadi lumrah semua kedai sekitar sini letak kerusi di kaki lima?, rintih Mami Jimilah tuan punya kedai Restoren KJ Siti Enterprise di Taman Maju Rapat.

Apabila ditemubual oleh Unit Penerangan dengan diiringi  Ketua UPU Sungai Rapat En Che Ahmad  Bin Osman, Puan Jimilah Binti Abd Hamid yang mesra dipanggil Mami meluahkan ketidakpuashatian yterjadap surat saman atas kesalahan meletak kerusi di kaki lima yang dikatakan 'halangan di tempat awam' sedangkan kedai bersebelahan dan kedai hujung premis yang meletak kerusi di atas jalan raya lebih mengganggu tidak dikenakan saman.

Lebih aneh surat saman hanya dikeluarkan pada 7 Mac 2013  baru-baru ini sedangkan kesalahan adalah pada 17 Ogos 2009 (Isnin 9.37 pagi) kira-kira 4 tahun lalu!

"Mengapa surat saman tidak diserah secara langsung kepada tangan saya pada tahun 2009 mengapa hanya hari ini dan mengapa pihak lain boleh meletak kerusi di kaki lima?", ulas Mami Jimilah lagi.

Pihak kami meninjau dan mendapati kesalahan yang dikatakan mengganggu laluan awam itu agak kurang 'matang' kerana ia bukan kesalahan besar dan seolah-olah ada pihak yang ingin menjatuhkan karier beliau sedangkan beliau hanya seorang ibu tunggal yang turut menjaga anak angkat bukan warganegara Malaysia.

Beliau tidak meletak kerusi di atas jalan raya malah dengan keadaan kedai yang kecil adalah tidak munasabah jika meletak kerusi di luar kaki lima dianggap satu kesalahan sehingga terpaksa diheret ke mahkamah.

Beliau tidak menyalahkan Majlis bandaraya Ipoh kerana beliau akan berjumpa Datuk Bandar dalam masa yang terdekat, cuma beliau meluahkan ketidak puashatian kerana hanya beliau disaman dan kemungkinan ada pihak yang senagaja mencari kesalahan beliau.

Mami Jimilah adalah seorang ahli UMNO dengan no kad 00940115 dan turut kesal kerana pihak UMNO langsung tidak membela beliau apatah lagi meninjau kesusahan beliau berniaga.

Pihak PAS Gopeng akan cuba membantu sedaya mampu untuk mendapat penjelasan MBI berkenaan mengapa hanya beliau disaman dan mengapa saman hanya diserah 4 tahun selepas kesalahan. Jika boleh kesalahan sebegini jangan sesiapa pun disaman memandangkan ia hanya kesalahan kecil dan pihak berkuasa perlu melihat keadaan peniaga yang sukar mendapat pendapatan pada hari ini.

UMNO kini hanya sibuk berusaha menarik bekas-bekas ahli UMNO yang kini bersama PAS untuk kembali ke pangkuan parti uzur tersebut sedangkan mereka mengabaikan kebajikan ahli mereka sendiri seperti Mami Jimilah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat



Mami menunjukkan kad UMNO beliau




Kedai berhampiran turut meletak kerusi di kaki lima dan ia lumrah kedai-kedai makan.


En Che Ahmad Bin Osman sedang membantu menemuramah Mami




Kedai hujung ini dikatakan meletak kerusi meja hingga ke jalan raya pada siang hari.


laluan yang dikatakan menghalang laluan awam




- sumber: blog landskapsiasah

No comments:

Followers