Sunday, February 24, 2013

Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda pekan Gopeng



GOPENG (23.2.13): Pada hari Sabtu itu, pekan Gopeng yang biasanya sunyi dan damai, tetiba menjadi tumpuan ramai. Seawal tengahari lagi, kenderaan mula memasuki pekan Gopeng untuk mencari tempat letak kereta agar tidak bersesak-sesak pada waktu petang nanti.

Kebanjiran ramai yang bertali arus disambut dengan gerai jualan yang melebihi 40 buah dengan pelbagai jualan makanan dan barangan.


Ramai juga yang sedari petang lagi telah sedia melabuhkan punggung ditempat yang dirasakan sesuai di dalam kawasan Masjid Jamek Lama Gopeng itu. Takut-takut dipenghujung petang nanti, tiada lagi tempat 'best' untuk mereka.

Semuanya ini gara-gara fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang datang berceramah di masjid lama ini.


Fenomena penceramah popular masakini, Ustaz Azhar Idrus memang satu tarikan dakwah yang amat kuat dikalangan umat Islam negara ini. Kemana sahaja ceramah yang mempersembahkan 'Ustaz Youtube' ini, pasti menjadi sasaran orang ramai. Kehadiran puluhan ribu untuk mendengar ceramah agama olehnya sudah menjadi kebiasaan. Para peniaga juga telah ada yang menjadikan lokasi ceramah UAI ini sebagai tempat wajib untuk mereka berniaga. Keuntungan pasti berganda dengan kehadiran seramai itu.


'Magnet' UAI bukan sahaja bisa menarik ramai anak-anak muda, ianya juga kini kuat melekat kepada golongan-golongan korporat muda. Cara UAI berceramah, walaupun dalam loghat pekat Terengganu, kena dengan selera mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

Lihat saja gambar di atas, kumpulan kereta BMW yang berkonvoi dari KL sanggup turun ke Gopeng semata-mata untuk mengikuti ceramah agama UAI. Kemana saja UAI berceramah, mereka akan turun beramai-ramai. Satu tanda sokongan yang kuat kepada usaha dakwah UAI ini.

Kehadiran 40,000 yang dianggarkan oleh pihak penganjur sebelum ini tidak sampai kepada matlamatnya. Ini mungkin kerana tempat itu sendiri yang tidak dapat menampung sebegitu ramai pengunjung dalam satu masa. Ada juga maklumat yang mengatakan bahawa kesesakan lalulintas yang begitu panjang membuatkan ramai yang tidak dapat meneruskan niat untuk bersama-sama di masjid tersebut.

Namun begitu, mengikut pengumuman yang disampaikan melalui Ustaz Azhar sendiri, kehadiran pada ceramah malam itu melebihi 20,000 orang. Jumlah kutipan derma bagi pembinaan masjid fasa ke-3 pada malam itu berjumlah RM34,584.65.

Syabas dan tahniah perlu dihulurkan buat penganjur, Masjid Jamek Lama Gopeng yang seluruh jawatankuasanya telah bertungkus lumus dalam menjayakan acara sebesar ini. Walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi yang mahu menggagalkan acara besar ini, namun berkat usaha semua dan bimbingan dari Allah Taala, berjaya juga dilaksanakan amanah untuk menganjur ceramah ini.

Setelah menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan Ustaz Azhar Idrus berceramah di sana, berbaloi rasanya dengan usaha mereka. Sistem suara yang canggih dan layar besar yang dipasang untuk keselesaan pengunjung perlu dipuji dalam menganjurkan acara sebesar ini.

Live streaming, tayangan siaran langsung melalui internet yang dilakukan oleh pihak masjid amat dihargai oleh lebih 850 penonton yang mengikuti siaran langsung itu dirumah. Satu usaha terkini dalam menyebarluaskan majlis ilmu.

Mari ikuti rakaman lensa saya sepanjang ceramah. Maaf tak dapat untuk mendapatkan shot-shot menarik disetiap ceruk kerana hanya berada dihadapan pentas sepanjang masa.

Orang ramai mula berkumpul sementara menunggu azan Maghrib
Solat Maghrib berjemaah melimpah keluar masjid 


  


Sebaik selesai solat Maghrib, semua telah sedia menanti ketibaan Ustaz Azhar Idrus
 


Demi ilmu, anak kecil juga dibawa bersama

Muslimat ditempatkan di dalam masjid dan di balai lintang. Dua skrin projektor disediakan untuk muslimat yang berada di dalam masjid

Ustaz Azhar Idrus sebaik tiba ke pentas
Pengerusi Masjid Jamek Lama Gopeng, Cikgu Hamdan menyerahkan t-shirt kepada Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar menunjukkan t-shirt yang diterimanya

Wajah yang bisa menarik minat sejuta umat

Ustaz Azhar berceramah sambil dikelilingi orang ramai yang bertuah dapat menaiki pentas





Isi ceramah Ustaz Azhar masih boleh diikuti melalui rakaman live streaming di www.ustream.tv/channel/ceramah-gopeng

Terdapat juga projektor yang dipancarkan kedinding bangunan (dibelakang sana) untuk tontonan orang ramai yang tidak dapat mendekati kawasan masjid



Akhir ceramah, doa dibaca oleh Ustaz Azhar




Ustaz Azhar bersalaman dengan orang ramai




Ada yang mahukan Ustaz Azhar menurunkan tandatangan dibajunya


Pihak masjid menyediakan sedikit jamuan ringan buat Ustaz Azhar diakhir ceramah
Gambar skrin live streaming yang masih boleh ditonton di www.ustream.tv/channel/ceramah-gopeng

No comments:

Followers