Sunday, May 3, 2009

Tuduhan Zambry: Demonstrasi Jalanan 7 Mei

Ada pihak ingin demonstrasi ketika sidang DUN: Zambry

PASIR SALAK: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendedahkan ada menerima maklumat pihak tertentu mahu mengadakan demonstrasi jalanan ketika berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Khamis ini.

"Saya dimaklumkan tujuan demonstrasi itu diadakan untuk `bersaing' dengan sidang DUN bagi menentukan siapa yang lebih kuat.

"Ini bukan langkah bijak kerana Sidang DUN diadakan bukan mencari gaduh atau menunjuk kekuatan dengan sesiapa, sebaliknya untuk membahaskan program pembangunan bagi faedah rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran pelantikannya sebagai Menteri Besar anjuran Umno Pasir Salak di Kompleks Felcra Seberang Perak dekat sini, malam tadi.

Zambry berkata, beliau yakin pasukan keselamatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan demonstrasi jalanan yang bercanggah dengan undang-undang selain mengadakan kawalan ketat di luar bangunan Perak Darul Ridzuan sepanjang sidang DUN dari 7 hingga 13 Mei ini bagi memastikan perjalanan persidangan itu berjalan lancar.


Ajijoi ~ Satu tuduhan yang tidak munasabah mahupun munasarawak.

Kenyataan yang akan menimbulkan suasana tidak tenteram di Ipoh. Diharap pihak polis akan mengambil kenyataan daripada Zambry tentang maklumat yang diterimanya. Siapakah pemberi maklumat tersebut?

Atau sekadar tuduhan nakal yang cuba memprovokasi dan menghalalkan gerombolan pihak berkuasa untuk berkampung di Bangunan Perak Darul Ridzuan nanti?

Zambry oh Zambry...Yennadei Chitt

1 comment:

Anonymous said...

memang putaq alam sungguh mamak Dpulau ni....pandai betui berlakon dengan idung kembang dia tu...huhuhu

Followers