Sunday, May 3, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Gopeng Ke-21


Pendaftaran perwakilan dan juga pemerhati.


Pemeriksaan perbarisan Unit Amal oleh YB Drs Khalil Idham Lim
dengan diiringi oleh Cikgu Zaizi.


IPOH (3.5.09): Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Gopeng Kali Ke-21 telah diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya, Ipoh mulai jam 9.30 pagi.

Mesyuarat kali ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan buat PAS Kawasan Gopeng bagi penggal 2009-2011.

Perasmian mesyuarat dilakukan oleh YB Drs. Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong yang juga Pengerusi Kelab BBC Negeri Perak.


Sdr Radzi Zainon mempengerusikan majlis perasmian.

Bacaan doa oleh Ust Mohd Ali Helmy.


Para perwakilan mengaminkan doa.


Nyanyian lagu rasmi PAS.

Bacaan ayat suci Al-Quran oleh Sheikh Ahmad Fuad Osman.


YDP Kawasan Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim Md Ariff
menyampaikan ucapan yang menyentuh tentang keperluan
kerjasama erat kesemua ahli dalam membawa Pas kepada tahap
yang lebih baik dan tinggi kerana Pas kini merupakan parti perdana
yang menjadi harapan rakyat Malaysia.

Perasmi majlis, YB Drs Khalil Idham Lim berucap
mengenai kesungguhan bekerja didalam parti tidak kira apa jua
jawatan yang dipegang dengan membawakan kisah
Khalid Al Walid sebagai rujukan.




Penyampaian cenderahati khas kepada wakil ahli PAS Kawasan Gopeng yang telah kembali ke rahmatullah :-

1. Allahyarham Haji Roslan Shaharum (cawangan Changkat Larang)
- wakil penerima, Sdr Parvis B Isa

2. Allahyarham Cikgu Ismail (cawangan Rapat Setia) - wakil penerima, Ust Fisol Anson

3. Allahyarham Juraimi (cawangan Desa Pelancongan) - wakil penerima, Mejar Yaacop

Cenderahati juga disampaikan kepada cawangan yang paling aktif hadir program iaitu cawangan Taman Seri Rapat (diterima oleh Hj Sarginan Sakiman).
Unit Amal menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300 dan diterima oleh Cikgu Zaizi.

Sdr Sheikh Ahmad Fuad Osman yang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran juga disampaikan cenderahati tanda terima kasih.

YDP PAS Kawasan Gopeng, Tn Hj Abdul Rahim kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada perasmi mesyuarat agung kali ini, YB Drs Khalil Idham Lim sebagai tanda penghargaan.


Sdr Jaafar B Yahya memberikan penerangan tentang Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad.


YB Drs. Khalil Idham Lim bersalaman dengan perwakilan sebelum
meninggalkan majlis sekitar jam 11.00 pagi.

No comments:

Followers