Selesai titah ucapan pembukaan sidang dun Perak oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sebentar tadi, sidang dun telah ditangguhkan oleh Speaker Haram, R. Ganesan daripada BN kerana Speaker Halal yang sah, V.Sivakumar daripada PR telah diseret keluar oleh polis.
Apakah kesudahan episod hari ini? Berapakah jumlah tangkapan yang telah dibuat oleh pihak polis? Berapakah pula yang telah dibebaskan?
Bilakah tarikh sidang disambung semula?
Yang pastinya, pening kepala rakyat Perak makin bertambah.
4 comments:
Speaker Haram, Speaker pecah!!!!
Mengapa begini caranya perlakuan mereka orang2 BN ni yang the so-called golongan yang faham TER amat kepada rukun negara itu??
Saya tidak emosi orangnya bila berhadapan dengan isu politik atau apa2 kejadian politik. Tetapi, kejadian di DUN Perak ini berjaya menitiskan airmata saya. Kerana negara kita yang dikenali seantero dunia ini sebagai negara yang utuh sistem kerajaan dan dokumen perundangannya telah menjadi sejarah hari ini apabila satu cabang sistem demokrasinya dicemar dan dihina kemuliaannya sedemikian rupa.
Bagaimana mungkin menjadi sah sidang DUN hari ini pabila perasmiannya pun belum dibuat tapi semua usul oleh pihak BN sudah dilaksanakan.
Begitu sekali BN Perak menghina kedaulatan perundangan dan kesultanan Perak, dengan melakukan sedemikian rupa perlakuan pengambilan-alih speaker dewan.
Oh! begini rupa-rupanya cara menukar speaker dewan!
Boss! Mintak kebenaran guna gambar dari blog ni. Sorry, dah ambik baru bagitau.
Hari ini dunia menjadi saksi betapa demokrasi di malaysia tidak lagi berfungsi.
Segala gambar dari blog saya boleh diambil oleh sesiapa saja untuk makluman dan kebaikan bersama.
Post a Comment