Thursday, May 7, 2009

Rampasan kuasa berlaku lagi di Perak

Setelah merampas negeri Perak pada bulan Februari yang lalu, hari ini rampasan kuasa berlaku lagi.

Kali ini rampasan kuasa berlaku di dalam dewan undangan negeri dengan barisan nasional merampas kuasa Speaker Perak dan juga sidang dun.

Amat malang lagi apabila segala perlakuan bn membelakangi undang-undang mendapat sokongan penuh pihak keselamatan terutamanya apabila mengheret keluar speaker yang sah, V. Sivakumar.

Kini, Perak bukan sahaja mempunyai 2 Menteri Besar tetapi telah ada 2 Speaker dewan.

Memang tepat sepertimana kata Tun Dr M yang bn perak gopoh dalam episod rampasan kuasa pada februari lalu.

Hari ini, dewan belum secara rasminya bersidang kepada Raja Muda Perak belum menitahkan ucapan pembukaan dewan tetapi bn telah memulakan sessi hangat dewan dengan secara gopoh mengusulkan speaker dewan ditukar.

Segala jenis perlanggaran undang-undang dibuat bn perak asalkan mencapai matlamat mereka untuk merampas kuasa kerajaan negeri melalui dewan undangan negeri yang mulia.

Perkataan mulia kepada dewan undangan negeri Perak kini tidak lagi tepat kerana kemuliaan dan kehormatan dewan telah dicabul secabul-cabulnya oleh bn perak.

Ucapan takziah kepada rakyat Perak kerana demokrasi dinegeri ini telah dimatikan secara 'sah' melalui dewan undangan negeri Perak.


* Kesemua adun bn dan pr mengambil bahagian didalam suasana kecoh kecuali seorang. Mungkin juga yang paling senyap. Beliau terlalu sibuk demi memberikan maklumat kepada dunia luar tentang kejadian didalam dewan secara terus. Beliau yang saya maksudkan ialah YB Drs Khalil Idham Lim yang mengupdate blognya (cina-islam) secara terus dari masa ke semasa untuk makluman dunia luar.

No comments:

Followers