Wednesday, May 6, 2009

Keadaan di Ipoh hari ini

Kebanyakan hotel di Ipoh penuh

Setakat ini saya menerima maklumat kebanyakan hotel di ipoh telah ditempah. Seorang kawan dari Kelantan yang duduk di sebuah hotel sederhana di sini memaklumkan hotel yang dia diami didiami sama oleh 2 bas pasukan Polis.

Saya tidak dapat menjangkakan bagaimanakah suasana sebenarnya yang akan disaksikan pada esok hari. Namun pada anggapan saya kalaulah ada yang berkumpul mereka akan sentiasa mematuhi arahan dari pasukan keselamatan. Apalagi kedatangan mereka dengan niat yang baik, berkumpul secara aman dan bersuraipun secara aman.

-cina-islam blog

Jalan utama ke DUN Perak ditutup

Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara sempena persidangan penting DUN Perak.

Jalan-jalan tersebut akan dilencongkan mulai 9 malam ini hingga
esok, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung.

-malaysiakini.com

Sekitar Bangunan SUK bagaikan darurat

Semua dikawal ketat, FRU dan polis mula berkawal di setiap pintu masuk bangunan Perak Darul Ridhuan. Semua jalan menuju ke arah bangunan juga mulai ditutup. Sekitar bangunan SUK bagai darurat, Ipoh seolah-olah diancam bahaya yang amat sangat.

Saya percaya, orang ramai dan warga asing terutama pelancong luar yang tidak tahu apa-apa senario politik di Perak pasti akan terkejut dengan suasana ini, apa sudah jadi dengan Ipoh, ada huru hara ke ?. Atau mahu perang ke? Perang dengan siapa ?. Setahu mereka hanya Thailand sahaja yang bergolak sebegitu rupa, Malaysia sekalipun ada demontrasi besar-besaran, tidaklah sampai ke peringkat berlawan-lawanan.

-misabah blog

Praktikkah jalan utama ditutup?

Ketika mahu pulang ke Ipoh dua sekatan polis menyebabkan deretan kenderaan beratur. Satu di depan jejantas UTP Tronoh dan dikawasan Papan. Faedahnya tiada kepada pengguna jalanraya. Setiap kali isu besar sejak di bawah pemerintahan BN di Perak ni pengguna jalanraya akan naik angin dan marah kepada UMNO dan BN.

Bukan menyenangkan rakyat. Bertambah getik rakyat kepada BN. Bagi staff premis kerajaan di sekitar bangunan SUK lagi hangin bila pagi lagi dah susah nak ke pejabat akibat penutupan jalan utama. Slogan utamakan rakyat hanya retorik sahaja.Sebenarnya tak ada kesan pun sekatan jalanraya kalau rakyat tetap nak datang.Tengoklah dulu pun sekatan jalan dibuat rakyat tetap hadir ke Sidang DUN Bawah Pokok.

-telokbakong.com

Masjid Ittihadiyyah dihalang solat hajat

JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.

Tindakan ini adalah atas arahan kerajaan haram BN. Orang ramai sekadar mahu menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk memohon kepada Allah swt keamanan dan keadilan di bumi Perak sempena sidang DUN, serta menjauhi segala perancangan jahat dari anasir-anasir yang jahat.

-misabah blog

No comments:

Followers