Sunday, May 24, 2009

MB Rayuan minta rakyat Perak hentikan ketegangan


'Henti keruhkan suasana Perak'

Menteri Besar minta semua pihak elak kemelut berpanjangan, tumpu kestabilan

IPOH: Kerajaan Perak meminta semua pihak menghentikan segala tindakan yang meningkatkan ketegangan dan perasaan tidak selesa di kalangan rakyat sebaliknya bersama-sama membantu memaju dan membangunkan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya percaya majoriti rakyat negeri ini sudah bosan dengan kemelut politik yang berpanjangan sebaliknya mahukan kestabilan, suasana harmoni dan aman supaya jentera pentadbiran kerajaan berfungsi dengan lancar.

"Sudah tiba masanya bahang dan suhu politik yang tinggi di negeri ini dikurangkan dan ahli politik perlu bertanggungjawab selain tidak mencetuskan suasana huru hara yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Kami akan sedaya upaya mengurangkan 'bahang' berkenaan menerusi sesi penerangan kepada seluruh rakyat Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-35 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Perak, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Perkim Bahagian Perak, Datuk Dr Abu Bakar Shaari.

Ditanya mengenai tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar keputusan Mahkamah Rayuan semalam, Zambry berkata, itu adalah hak beliau berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau berharap Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu tidak cuba meracuni fikiran rakyat dengan berkempen dan memberi ceramah di seluruh negeri dengan maklumat yang tidak tepat.

Katanya, dari segi aspek demokrasi dan perundangan, sudah jelas keputusan sebenarnya memihak kepada Barisan Nasional (BN) Perak.


Ajijoi ~ Semasa Nizar diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi, Jambli tak nak pulak 'menghentikan segala tindakan yang meningkatkan ketegangan'. Terus membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Kalau dia kendurkan ketegangannya pada masa itu, segala-galanya telah kembali aman dibumi Perak ini.

Bila tiba dia dapat kuasa, barulah nak suruh rakyat kendurkan ketegangan. Mana boleh.

Benda yang dah tegang susah nak kendur, anney.

5 comments:

Unknown said...

PIIIII la mamak lanun!!!
Kami mahukan pembubaran DUN segera. Kembalikan kepada rakyat untuk memilih siapa yang hak memerintah Perak.
Sampai tualah lu menyalak!!!

cicitHJHASSANu said...

DEY YENADEY TAMBI,OGHANG PANGKOR HABAQ HANG NI BUAT RAWAI BLEH LA TOYOTA ZAMRY 2.4 WOOOOIII!!!!

Anonymous said...

berpolitik sampai menjatuhkan maruah orang ke? .. :) komen2 pun .. sakit mata memandang ..

GreenMan said...

Ni Nak aku nak cadangkan pada Pihak yang berkuasa lepas ni habis je PRU kita jangan lantik MB kita minta mahkamah putuih kan sapa MB sebab Malaysia ni guna undang2 gila Mahkamah yang tentukan sapa MB bukan Rakyat yang tentukan. Kawan Aku kata Hakim ni sebelah kaki kat neraka tapi aku tafsirkan 3 orang hakim tu bukan takat kaki habis semua dok dalam neraka.. jom pakat amin ramai2.. Aminnnnnn

antahberantah said...

Dey, mamak pasembur. Belajar tinggi-tinggi bukan nak jadi hamba Allah sejati tetapi jadi penyamun. Hei mamak bangsat, ngkau ingat mahkamah tu penyelesai mutlak ke. Macamana bangsatnya kamu begitu jugalah bangsatnya mahkamah kamu tu. Mamak oi jangan pikir kau boleh bertahan lama sbgai MB Perak. Macam mana drastiknya ngkau naik begitu drastik juga ngkau turun. Allah adalah sebaikbaik perancang. Dei zambry piiiirirraaaah

Followers