Saturday, October 10, 2009

Zulkefly semakin memenangi hati pengundi Bagan Pinang

Calon PAS, Zulkefli Mohamad Omar dilihat semakin memenangi hati masyarakat tempatan di sini.Para pengundi di Bagan Pinang semakin menaruh kepercayaan dan harapan terhadap beliau apabila mereka lebih mesra memanggil beliau sebagai Yang Berhormat dimana-mana beliau berkunjung.


Melalui kunjungan kebeberapa lokasi penempatan penduduk di sekitar kawasan Bagan Pinang ini, banyak aduan telah diajukan kepada Zulkefly.Yang lucunya, mereka semua tanpa segan silu memanggil beliau dengan gelaran YB. Ini menyebabkan Zulkifli agak tersipu-sipu sambil berkata, “Pastikan tuan,puan memberikan undi kepada saya pada 11 Oktober nanti,”

“Insya’Allah, kami semua mendoakan YB berjaya nanti,” begitulah senario dalam setiap sessi kunjungan beliau menemui para pengundi disekitar Bagan Pinang ini.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...