Monday, October 26, 2009

Jamuan Pakatan Rakyat: Gedung Kartun Zunar

IPOH (25.10.09): Kartunis Zunar yang popular dengan kartun-kartun politiknya terutama majalah Gedung Kartun yang kontroversi telah berbesar hati membuka kaunter jualan dan berkenalan di Jamuan Pakatan Rakyat.

Ramai peminat-peminat kartun tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dan meminta tandatangan daripada beliau sambil membeli majalah Gedung Kartun serta t-shirt yang turut dijual dikaunter tersebut.

Zunar bersama majalah Gedung Kartun karya miliknya

Melayani peminat yang mahukan tandatangan beliau sebagai cenderamata istimewa

Aksi kartun beliau bila diminta bergambar oleh peminat-peminat

Rupa dan perangai pun macam kartun, ye tak? Jangan mare ahhhh

Menerima kunjungan istimewa daripada Dato Seri Nizar Jamaludin

Dato Seri Nizar bukan melukis kartun tetapi menandatangani lukisan daripada Unit Amal yang akan dilelong kelak untuk mengisi tabung Unit Amal Perak

Begitu ramai peminat yang mengerumuni Dato Seri Nizar untuk mendapatkan tandatangan beliau pada majalah Gedung Kartun

Dato Seri Nizar juga ada dilukis Zunar didalam majalah Gedung Kartun ini

Peminat tidak melepaskan peluang bergambar bersama Dato Seri Nizar dan YB Drs Khalil Idham Lim di kaunter kartun Zunar

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...