Saturday, October 10, 2009

'Hadiah' Wanita Umno untuk penduduk Port Dickson



Pagi tadi bertempat di Taman PD Utama, Wanita Umno mengagih-agihkan barang seperti gambar di atas untuk penduduk taman itu. Semua penduduk diberikan kupon untuk ditukar dengan semua barangan yang terdapat di dalam bakul tersebut.

Nak kata bantuan untuk orang miskin, semua orang di taman tersebut dapat, tak kira miskin dan kaya. Nak kata bantuan hari raya, raya puasa dah lepas, raya haji pulak lambat lagi.

Saja-saja Wanita Umno nak bagi hadiah untuk penduduk taman tu kot?

Oh ya....esok penduduk taman tu nak keluar mengundi. Mungkin wanita umno fikir, nilai pengundi di taman tersebut hanya sebanyak harga barangan dalam bakul tu agaknya.




Penduduk Taman PD Utama bukanlah orang-orang yang bodoh. Barangan yang diberi tetap diambil tetapi sokongan dan undi pasti diberikan kepada calon yang bersih dan amanah.

Ada penduduk (majorotinya Melayu di taman itu) yang merungut kerana barangan yang 'dihadiahkan' itu cuma bernilai sekitar RM50 sedangkan pengundi-pengundi India mendapat rumah, sekolah dan bermacam-macam lagi untuk meraih sokongan mereka.

Begitulah murahnya harga bangsa Melayu diperlakukan Umno dan BN dalam cubaan untuk mempertahankan kuasa di Bagan Pinang ini.


3 comments:

Farahanani Amhazali said...

uiks. kalo saya.. jadi cam was2 plak nak makan 'hadiah' tu.. kira unsur rasuah ke apa ni??

Ajijoi said...

Tok guru kata, bagi gula...kacau, bagi kain...pakai, bagi duit...ambik, tapi undi pakoh pah.

mana pencacai umno tak komen langsung hari2 terakhir kempen bagan pinang ni?

selalunya ada je komen merapu depa...

aku manusia biasa said...

walaupun aku bukan parti mana-mana. tapi yang aku perasan. ahli2 mcm ko ni la yang paling banyak ngutuk. pelik ah manusia mcm ko ni. hati ko lagi busuk dari bangkai. cuba ko pk, aku orang PD, aku memang tak amik pun barang2 tu. tapi aku pelik, kalu ader kaum keluarga yang sangat fakir. dier amek dan bukan dier ngundi. ko nak tuduh ke bahawa semua tu rasuah. harga diri orang ko persoalkan. boleh plak. bengang aku. bek ko pegi belaja ilmu. ko jauhkan dari politik.. jauh dari hasad dengki. takpun, ko pergi berjihad melawan kafir yang tentunya musuh Islam.

Followers