Tuesday, October 27, 2009

Tragedi jambatan gantung runtuh: 1 mati, 2 masih hilang

Gopeng (27.10.09): Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.

Kedua-dua mangsa yang hilang dikenali sebagai Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari SJKT Gopeng dan Davadharshini a/p Maheswaran, 11, SJKT Mambang Di Awan.

Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut laporan media, 19 lagi murid ditemui selamat.

Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.


Pelajar-pelajar yang tidur dibilik darjah awal pagi tadi

[SK+MB+bertanya+pelajar+-+aku.JPG]
[SK+MB+lawat+pelajar+khemah.JPG]
Dr Zambry kelihatan bersama Dr Mah berada ditempat kejadian

Adun Teja & Simpang Pulai dari Pakatan Rakyat YB Chang Lih Kang dan YB Chan Ming Kai
bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima berita kemalangan.

YB Lih Kang mendengar keterangan dari orang ramai yang berada ditempat kejadian.


Keadaan jambatan gantung yang runtuh akibat binaan konkritnya tercabut, bukannya jambatan terputus dua

Pasukan penyelamat memulakan tugasan dengan mambaca doa terlebih dahulu

Ramai penyelamat ditugaskan kesini

Ustaz Misbahul Munir juga meninjau keadaan ditempat kejadian

Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menenangkan ibubapa yang resah menantikan khabar berita mengenai nasib anak-anak mereka

Pusat urusetia keselamatan bekerja keras untuk membantu mencari mangsa yang hilang

TPM, Muhyiddin Yassin juga turun padang untuk mengetahui keadaan sebenar kejadian

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor (kanan) sedang meninjau keadaan tapak binaan jambatan gantung yang tercabut.

Tapak binaan jambatan gantung di Sungai Kampar yang tercabut

Seorang anggota polis sedang mencari mayat mangsa ditebing Sungai Kampar di Kuala Dipang

Muhammad Haziq Ting Mohd Salleh Ting, 12 tahun, ditenangkan oleh ibunya Kharun Niza Zainudin. Dia adalah antara pelajar yang menyertai kem di SK Kuala Dipang

Nor Roazfazleen Azlan (kiri), 12 tahun, dipeluk neneknya Norlida Abd Hamid.

Seorang lelaki yang turut serta dalam gerakan mencari mangsa.

Pasukan penyelam polis mencari mangsa yang hilang di Sungai Kampar di Kuala Dipang.

Pasukan Penyelamat bersama unit anjing turut mencari mangsa



Pasukan penyelam polis sedang menjalankan tugasan mencari mangsa yang hilang di Sungai Kampar

Mangsa Dina Deve a/p Nathan, 11 ditemui jam 8.40 pagi ini berhampiran logi di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh.

1 comment:

Unknown said...

syabas! gambar yang byk....takziah kepada murid yang tidak dpt diselamatkan.

Followers